Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen tidak pernah melantik orang tengah atau ejen untuk urusan permohonan Enforcement Kad (E-Kad) Sementara Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI). Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali, berkata permohonan kad berkenaan hanya boleh dibuat di Ibu Pejabat Jabatan Imigresen di sini dan cawangannya secara percuma bermula 15 Februari hingga 30 Jun ini. “Majikan perlu hadir dan membawa pekerja mereka untuk permohonan kad berkenaan seawal mungkin dan elakkan membuat permohonan pada saat akhir kerana kita tidak akan melanjutkan tempoh permohonan selepas tarikh yang ditetapkan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini. Pengumuman itu dibuat susulan ada pihak tidak bertanggungjawab yang sewenang-wenangnya mengambil kesempatan dengan mengenakan bayaran hingga RM7,000 kepada PATI untuk mendapatkan kad berkenaan. Katanya, Jabatan Imigresen baru-baru ini menahan tiga individu yang disyaki terbabit mengeluarkan kad palsu dan mengambil duit secara haram daripada PATI untuk proses permohonan kad berkenaan. Beliau berkata untuk tujuan keselamatan kad berkenaan dilengkapi ciri keselamatan pelbagai termasuk Kod QR dan maklumat biometrik PATI.
Selanjutnya di : http://www.bhplus.com.my/node/247801
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com