Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
Perhimpunan “Hak Pekerja adalah Hak Asasi Manusia” oleh Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) pada hari Selasa, 1 Mei, adalah satu kejayaan yang gemilang dengan penyertaan lebih dari 1,500 pekerja bahagikan laut merah yang mengalir di sekeliling perimeter Wisma MTUC USJ 9, Subang, mirip suasana karnival.
Tahun ini, perhimpunan Hari Pekerja sangat bersejarah kerana buat kali pertama, pekerja kebangsaan memperingati acara hari pekerja yang istimewa ini dalam perpaduan bersama pekerja migran di negara serta wakil pekerja dari negara jiran, Batam. Pekerja asing yang menyertai perhimpunan ini adalah dari Myanmar, Bangladesh, Filipina, Indonesia dan Nepal.
Para pekerja yang tiba di dalam bas dari seluruh pelusuk Semenanjung, meninggalkan rumah mereka sebelum subuh lagi, bukan dengan tarikan wang atau elaun wang tunai. Pekerja kini sedar bahawa kebajikan pekerja kebangsaan hanya lebih baik sedikit berbanding dengan pekerja asing.
Kerja-kerja untuk menganjurkan acara ini yang akhirnya menjadi perhimpunan terbesar yang dikelolakan oleh MTUC dalam tempoh 10 tahun yang lalu, hanya bermula dua minggu sebelum 1 Mei apabila jawatankuasa penganjur Hari Pekerja yang asal mengisytiharkan bahawa ia tidak dapat menganjurkan acara untuk tahun ini.
Pengaturcara yang juga Koordinator Pusat Sumber Migran, Zulfadlee Thye Abdullah berkata acara itu diadakan untuk memperingati warga pekerja, demi kebaikan pekerja, oleh pekerja, untuk pekerja.
Beliau dibantu oleh Rudy Rusli, Setiausaha Agung Kesatuan Pekerja Klub, Soma, Penolong Setiausaha KKSM, Mohd Faisal Hussin, Setiausaha Bahagian Selangor/Wilayah Persekutuan dan lain-lain.
Setiausaha Agung MTUC J Solomon, memuji usaha dan kecekapan Jawatankuasa Penganjur yang diketuai oleh Zulfadlee Thye Abdullah yang telah mengatur acara yang berjaya dalam masa yang singkat dan mengucapkan setinggi-tinggi penhargaan kepada semua kesatuan gabungan yang hadir bersama ahli-ahli mereka serta pihak NGO yang telah membawa bersama pekerja migran.
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com