Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
PUTRAJAYA 2 Feb. – Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Projek Perintis Kebenaran Bekerja untuk Pemegang Kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) dari etnik Rohingya akan bermula secara rasmi pada 1 Mac ini.
Timbalan Perdana Menteri memberitahu, menerusi projek perintis tersebut, sebanyak 300 orang pemegang kad UNHCR dari etnik Rohingya yang melepasi saringan keselamatan dan kesihatan akan diberi kebenaran bekerja di negara ini secara berperingkat.
Menurut beliau, pelarian Rohingya terbabit akan ditempatkan di syarikat terpilih dalam sektor perladangan dan perkilangan untuk memberi mereka kemahiran dan sumber kewangan bagi membina kehidupan sebelum ditempatkan semula ke negara ketiga.
“Secara tidak langsung, inisiatif kerajaan membenarkan etnik Rohingya bekerja dapat menangani isu-isu pemerdagangan orang dengan lebih berkesan.
“Selama ini, ketiadaan status imigresen kepada etnik Rohingya menjadikan mereka golongan yang berpotensi untuk dieksploitasikan oleh pihak-pihak tertentu sebagai buruh paksa dan pekerja tidak sah di negara ini,” katanya dalam kenyataan yang diedarkan selepas beliau mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Mengenai Isu-isu Berkaitan UNHCR di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri memberitahu, Malaysia sentiasa mencari pendekatan terbaik berdasarkan sifat perikemanusiaan untuk menguruskan pemegang-pemegang kad UNHCR walaupun negara ini tidak menjadi ahli kepada Konvensyen PBB Mengenai Pelarian 1951 dan Protokol 1967.
Katanya, antara usaha dilakukan adalah menambah baik Arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) No.23 tahun 2009 mengenai pemegang Kad UNHCR bagi menyesuaikannya dengan perkembangan semasa dan situasi pergerakan tidak sah pendatang di rantau Asia Tenggara.
Jelas beliau, kerajaan juga menggunakan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) untuk menubuhkan Pasukan Petugas Khas Bersama (JTF) yang melibatkan enam kementerian dan UNHCR bagi memastikan pemegang-pemegang Kad UNHCR adalah mereka yang diperakukan secara sahih.
“Setakat 31 Disember lalu, bilangan mereka di Malaysia yang memegang kad UNHCR sah adalah seramai 194,474 orang dari 62 negara,” jelasnya.
Menurut Ahmad Zahid, daripada jumlah itu, sebanyak 133,517 orang atau 89 peratus adalah dari Myanmar yang mana 55,565 orang merupakan etnik Rohingya.
See more at: http://www.utusan.com.my/…/etnik-rohingya-dibenar-kerja-mac…
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com