Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
Rakan sekalian,
*CodeBlue* akan memulakan siri perbincangan CBX Chats pada bulan ini dalam sesi bersama pakar nefrologi *Dr. Rafidah Abdullah*!
Beliau akan membincangkan kesan buruk akibat “produk sampah” terhadap buah pinggang kita pada *February 8, Sabtu ini, di White Sand Cafe, Empire Damansara.*
Tujuan CBX Chats adalah untuk menolak tahyul perubatan, menentang pengetahuan yang salah, dan mempromosikan pengetahuan saintifik dan fakta mengenai kesihatan dan rawatan.
Dr. Rafidah adalah pakar runding dalam bidang perubatan dalaman dan nefrologi di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh, Pahang. Beliau merupakan aktivis yang tidak gentar menolak arus pseudoscience atau sains tahyul yang semakin menular di Malaysia.
Sering lantang bersuara dan mengemukakan pendapat dalam arena kesihatan Malaysia, beliau mempunyai lebih daripada 79,000 pengikut Twitter dan 78,000 pengikut Facebook.
*Ambil peluang ini untuk bertanyakan soalan tentang perubatan anda! Jangan gentar dan hapuskan sebarang kesangsian anda.*
*Harga tiket adalah RM50* seorang. *Tiket boleh dibeli melalui pautan ini:* https://www.eventbrite.hk/e/cbxchats-1-kesan-pengambilan-produk-sampah-terhadap-buah-pinggang-anda-tickets-89732457195
Kami berharap anda dapat sertai kami pada Sabtu ini!
Vinodh Pillai
Penulis Kesihatan
CodeBlue
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com