Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) — Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Datuk Abdul Halim Mansor menjelaskan bahawa pihaknya komited untuk mendapatkan persetujuan kerajaan bagi meratifikasi Konvensyen Menghapuskan Keganasan dan Gangguan di Tempat Kerja (C190).
Beliau berkata, konvensyen itu bertepatan dengan dasar dan matlamat MTUC dalam membela warga pekerja.
Mengulas mengenai keputusan MTUC yang mengundi menentang C190 pada persidangan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) di Geneva pada 21 Jun lepas, Abdul Halim berkata ia disebabkan berlakunya salah faham.
“Pihak saya akur berlaku salah faham atau salah tanggapan tertentu yang membawa kepada MTUC mengundi menentang C190.
“Buat masa ini, lebih elok untuk diri saya dan kepimpinan MTUC tidak menghuraikan salah faham yang dimaksudkan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, MTUC turut menyambut baik pengumuman Menteri Sumber Manusia, M. Kula Segaran pada Khamis lepas bahawa kerajaan boleh menyokong perakuan dalam konvensyen berkenaan.
Sehubungan itu, beliau berkata MTUC akan melancarkan program kesedaran mengenai C190 untuk pekerja dan pada masa sama, mengambil tindakan yang perlu untuk meyakinkan kerajaan meratifikasi konvensyen itu.
Abdul Halim turut menggesa semua pihak untuk memperinci cadangan pembaharuan undang-undang buruh MTUC yang dikemukakan kepada kerajaan baru-baru ini, bagi memastikan golongan pekerja memperoleh perlindungan wajar daripada keganasan atau gangguan tanpa mengira latar belakang mereka.
“Cadangan-cadangan itu sebenarnya merangkumi hampir keseluruhan peruntukan dalam C190 dan kami yakin Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan (NLAC) akan menerima cadangan-cadangan itu demi memastikan kepentingan dan keselamatan semua pekerja tidak terpinggir, malah ditambah baik,” katanya.
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com