Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
KKSM akan terus juang dapatkan gaji minimum RM1,500
KUALA LUMPUR: Konges Kesatuan Sekerja Malaysia (KKSM) akan meneruskan perjuangan untuk mendapatkan gaji minimum sekurang-kurangnya RM1,500 sebulan meskipun ia satu sasaran yang mencabar.
Kajian kali ketiga dasar gaji minimum Malaysia dijangka bermula bulan ini.
Setiausaha Agung MTUC, J Solomon berkata, paras RM1,500 adalah tuntutan MTUC sejak dasar gaji minimum kebangsaan dilaksanan tahun 2013.
“Tidak ada sokongan daripada majikan untuk peningkatan dalam gaji minimum semasa,” kata beliau pada Forum Gaji Minimum Asia pada 31 Mei lalu.
Sdra Solomon juga berkata iltisam politik juga penting bagi memastikan rakyat Malaysia menerima gaji minimum RM1,500.
“Tanpa iltizam memang sukar untuk mencapai perkara ini… kerajaan dan pihak majikan juga kerjasama,” kata beliau yang turut disokong oleh Setiausaha Agung Persekutuan Kesatuan Sekerja Antarabangsa (ITUC), Sharan Burrow.
Dalam ucapan alu-aluan pada Forum Gaji Minimum Asia yang diadakan di NUBE House, Sdra Solomon yang juga Setiausaha Agung Kesatuan Kebangsaan Pekeja-pekerja Bank (NUBE) berkata, gaji minimum adalah “perisai” dan penanda aras minimum bagi seseorang pekerja, dan oleh itu “ia harus dikaji dan disemak semula secara berkala.”
“Kita perlu berhati-hati dan berwaspada, dan pada masa yang sama perlu menghalang sebarang percubaan oleh pihak pemodal dan korporat yang mahu menggagalkan gaji minimum atau menjauhi komitmen mereka (dalam memastikan pelaksanaan gaji minimum),” kata beliau.
Gaji minimum tahun 2014 ditetapkan RM900 bagi pekerja di Semenanjung dan RM800 di Sabah dan Sarawak, yang meliputi tenaga kerja tempatan dan asing, kecuali pembantu rumah dan tukang kebun.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, dalam ucapan Bajet 2016, mengumumkan pelarasan kepada RM1,000 bagi Semenanjung dan RM920 di Sabah dan Sarawak.
Majlis Perundingan Gaji Negara menjalankan kajian yang sekurang-kurangnya sekali setiap dua tahun untuk membuat keputusan mengenai bar minimum pada gaji negara.
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com