Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
Bank Negara Malaysia patut dipuji kerana mengetengahkan masalah yang berkaitan dengan “kumpulan bawahan’ dalam dunia buruh menerusi Laporan Tahunan 2017 bank pusat itu.
Jelas sekali, Malaysia berhadapan dengan masalah ini sejak beberapa dekad yang lalu, dengan adanya dasar promajikan, bekalan tenaga pekerja asing yang tidak terkawal dan pengecutan hak pekerja yang menyumbang kepada keadaan semasa yang sangat menyedihkan.
Kuasa permintaan dan bekalan telah diputar belit sehingga tidak adil kepada pekerja-pekerja Malaysia. Akibatnya, pekerja-pekerja Malaysia menderita ekoran pengecilan tahap pendapatan sebenar, di mana ramai pekerja dan keluarga mereka dipaksa menjadi miskin.
Kerajaan harus memandang serius penemuan yang disebutkan dalam laporan Bank Negara Malaysia. Apa yang diperlukan ialah analisis akar umbi mengenai masalah yang dihadapi oleh pekerja Malaysia dan ini perlu dilakukan dengan serta-merta. Laporan Bank Negara Malaysia harus dijadikan sebagai titik rujukan awal.
Malah di dalam industri di mana terdapat sedikit atau tiada pekerja asing langsung, paras gaji tergugat dan telah diputarbelitkan dari keadaan yang sebenar, disebabkan oleh kelebihan buruh dalam agregat. Rakyat Malaysia sedang dihukum, khususnya golongan berpendapatan rendah, disebabkan kedudukan mereka selaku “kumpulan bawahan” dalam dunia buruh.
Maka itu, MTUC akan memperjuangkan perkara ini demi memastikan para pekerja Malaysia dilayan dengan adil.
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com