Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
BANK Muamalat Malaysia hari ini mengambil semula tiga kakitangan penghantar suratnya yang telah diberhentikan baru-baru ini, kata Ketua Pegawai Operasi, Peer Mohamed Ibramsha.
Beliau berkata pengambilan semula pekerja itu berikutan injuksi ex-parte (satu pihak) yang diperoleh oleh Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) yang mempertikaikan tindakan pemberhentian itu.
“Sebagai entiti korporat yang bertanggungjawab, kami mematuhi perintah mahkamah, tetapi kami berhak mencabar perintah tersebut pada perbicaraan yang dijadualkan pada 2 Sept,” kata beliau kepada Bernama.
Sementara itu, Setiausaha Agung NUBE, J. Solomon berkata tindakan memberhentikan pekerja itu bertentangan dengan perjanjian bersama antara pihak kesatuan dan bank.
Beliau berharap bank akan bersetuju untuk berunding dan bukan melalui prosiding mahkamah bagi menyelesaikan perkara tersebut secara baik.
Sumber: Bernama
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com