Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
Saudara/Saudari,
RUMAH TERBUKA DEEPAVALI
Deepavali akan disambut pada tanggal 6 haribulan November 2018 dan dirayakan oleh masyarakat yang menganuti agama Hindu di seluruh dunia. Deepavali melambangkan kemenangan rohani cahaya ke atas kegelapan, baik atas kejahatan dan pengetahuan atas ketidaktahuan.
Di Malaysia, sama seperti perayaan yang lain, Deepavali disambut dengan penuh tradisi dan budaya Malaysia yang sejati untuk keamanan, keharmonian dan kesejahteraan Malaysia.
MTUC dengan sukacitanya memaklumkan bahawa kami akan menganjurkan Rumah Terbuka Deepavali seperti berikut:
Tarikh : 25th November 2018 (AHAD)
Masa : 11.00 pagi hingga 4.00 petang
Tempat : Wisma MTUC Tingkat 7, Subang Jaya.
Semua Ahli Majlis Am, Ahli Gabungan dan ahli keluarga dijemput untuk menghadiri sambutan tersebut.
Sebarang sumbangan dalam bentuk makanan atau wang tunai,adalah amat dialu-alukan dan disambut dengan senang hati.
Kami menjangkakan kira-kira 300 orang tetamu akan hadir bagi memeriahkan majlis ini.
Sila hubungi Puan Kannagi atau Puan Lina untuk sebarang penjelasan lanjut.
Marilah kita bersama-sama meraikan Deepavali dalam semangat persahabatan dan keharmonian sejati.
“SELAMAT HARI DEEPAVALI”
Terima kasih
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com