Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
IPOH, 7 Ogos (Bernama) — Kes kemalangan di tempat kerja di negara ini menunjukkan kadar penurunan sejak beberapa tahun lepas sekali gus membuktikan tahap kesedaran pihak majikan dan pekerja berhubung perkara itu semakin meningkat.
Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Malaysia Mohtar Musri berkata penurunan itu, yang dilaporkan pihak Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) merupakan satu petanda positif berhubung tahap keselamatan di tempat kerja bagi mengelak kejadian tidak diingini.
“Bagi tahun 2014, kadar kemalangan adalah 3.10 per 1,000 pekerja manakala pada tahun 2013 sebanyak 3.28 per 1,000 pekerja. Ini menunjukkan penurunan sebanyak 5.49 peratus iaitu anggaran sebanyak 2,000 hingga 3,000 kes kemalangan.
Kadar penurunan ini merupakan hasil kerjasama majikan, pekerja, agensi kerajaan, persatuan dengan pihak kita dalam mengurangkan kemalangan di tempat kerja,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Program Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) serta Penutupan Bagi Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2015 peringkat negeri Perak di Pusat Konvensyen Hotel Casuarina di sini Jumaat.
Turut hadir Pengarah JKKP negeri Mohamad Razak Ismail dan Pengarah Urusan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Jana Manjung Sdn Bhd Shamsul Ahmad.
Mohtar berkata di peringkat Asia Tenggara, kadar kemalangan di tempat kerja yang direkodkan Malaysia meletakkan kedudukan negara antara yang terbaik dan seiring dengan Singapura.
“Bagaimanapun, kalau dibandingkan dengan negara maju yang lain seperti Jepun, Norway, Sweden, kadar kes kemalangan mereka lebih rendah. Kadar kemalangan di Sweden atau Norway mungkin 2.0 hingga 2.5 kes bagi setiap 1,000 pekerja.
Jadi, ini bermakna kita masih ada ruang dan perlu bekerja keras supaya kadar kemalangan di tempat kerja lebih rendah dan setanding dengan negara maju,” katanya.
Sementara itu, Mohtar berkata pihaknya sering memberi penekanan kepada pihak majikan supaya kemalangan tidak berlaku, khususnya dalam sektor pembinaan.
“Kita lihat sektor pembinaan yang perlu pekerja di tempat tinggi, jika silap langkah ia boleh meragut nyawa. Jadi majikan atau pihak pengurusan harus meletak penghadang di tepian yang terbuka bagi mengelak pekerja mereka terjatuh.
“Sikap pekerja yang tidak memakai tali pinggang keselamatan mahupun topi keselamatan sangat membahayakan nyawa sekali gus meningkatkan peratus kemalangan di tempat kerja,” katanya.
Mohtar bagaimanapun memuji sikap orang awam yang kini mula sedar aspek pencegahan keselamatan di tempat kerja apabila pihaknya menerima pelbagai aduan berkaitan keadaan tempat kerja yang tidak selamat serta berbahaya.
Sumber: Bernama
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com