Program Latihan dan sesi penerangan kepada pelatih dari Bar Council Legal Aid Center Kuala Lumpur
7 Mac 2018 Print page
Program Latihan dan sesi penerangan kepada pelatih dari Bar Council Legal Aid Center Kuala Lumpur telah diadakan di Pusat Latihan MTUC,Wisma MTUC, Subang Jaya.
Seramai 19 pelatih dari pelbagai institusi guaman telah menyertai progam latihan ini yang akan diadakan sepanjang 3 bulan ini.
Program latihan ini adalah suatu kerjasama di antara MTUC dan Legal Aid Center Kuala Lumpur.
Pelatih-pelatih ini akan bekerjasama bersama pegawai MTUC di ibupejabat dalam hal berkaitan pekerjaan sekiranya ada pengadu yang hadir untuk membuat aduan. Pelatih akan bersama-sama di dalam mana-mana pengurusan kes bagi meningkatkan pengetahuan mereka berkaitan isu pekerjaan dan undang-undang perusahaan.
Sdra J Solomon, hadir untuk memberikan ucapan pembukaan untuk mengalu-alukan kedatangan mereka. Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pelatih kerana sudi memilih MTUC sebagai pilihan mereka untuk menjalankan program latihan sebelum mereka diiktirafkan sebagai seorang peguambela dan peguamcara.