Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
8-3-2018 WISMA MTUC,SUBANG JAYA
Menerima kunjungan delegasi dari Mahidol University,International College, Thailand. Di antara wakil yang hadir ialah Wimonsiri Hemtanon,Pengarah Pengajian Kebudayaan dan Bahasa, Assoc. PROF. Dr Sophana Srichampa, Mr Uniansasmita Samoh,Penganalisa Bahasa, Asst Prof Morakot Meyer Ph D, Timbalan Pengarah dan beberapa pegawai lain.
MTUC diwakili oleh Pegawai Pendidikan MTUC, Bro Somasundram dan Penyelaras MRC, Bro Zul Thye.
Tujuan lawatan ini adalah untuk mereka mengetahui lebih lanjut tentang peranan Kesatuan Sekerja di Malaysia dalam perihal berkaitan pekerja migran dari segi undang-undang,kebudayaan, keselamatan,jaminan kerja,pendidikan dan pelbagai lagi.
Bro Somasundram telah menerangkan peranan MTUC dalam perkara berkaitan pendidikan dan perundangan di Malaysia.
Manakala, Bro Zul Thye telah menerangkan peranan dan fungsiĀ MTUC MRC dalam urus tadbir berkenaan pekerja migran.
Sesi penerangan ini berjalan dengan begitu baik dan delegasi ini mengucapkan terima kasih kepada MTUC atas informasi yang diberikan dan sebagai tanda penghargaan, sesi ini berakhir dengan penerimaan cenderahati dari delegasi kepada wakil MTUC.
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com