Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
8 MAC 2018 – Wisma MTUC, Subang Jaya
Satu delegasi dari Persatuan Gabungan Pekerja-Pekerja Iran (ICWA) melawat MTUC.
Antara perwakilan yang hadir ialah Encik Gholamrez Abbasi, Ketua Lembaga Pengurus, Persatuan Gabungan Pekerja Iran (ICWA), Encik Masoud Nyazi, Ahli Lembaga ICWA dan Ketua Komiti Hal Ehwal Antarabangsa ICWA, Ma’asuomali Moosazadeh, Ketua Persatuan Pembinaan, Wilayah Tehran, Encik Akhbar Shoukat, Ketua Konfederasi Pembinaan Iran, Puan Sussan Gholamrezaei, Penasihat Kanan untuk Hal Ehwal Antarabangsa bagi ICWA, Puan Fatemeh Mohammadian, Ketua Perancangan Jawatankuasa Wanita ICWA, Puan Somayeh Galpoor , Ketua Jawatankuasa Wanita ICWA, Encik Ajdar Majidi, Penasihat & Ketua Persatuan Perkumpulan Wilayah Tehran.
MTUC diwakili oleh Naib Presiden MTUC, Bro Jey Kumar, Setiausaha Agung MTUC, Bro J Solomon,Pegawai Pendidikan MTUC Bro Somasundram dan Penyelaras MRC Bro Zul Thye.
Tujuan kunjungan ini ialah untuk berkongsi maklumat dengan kedua-dua pihak dan rundingan dua hala mengenai bidang-bidang yang berbeza seperti Piawaian Buruh, Upah, Kesihatan & Keselamatan di tempat kerja, Dialog Sosial, Kontrak Kerja, Perlindungan Sosial, Pekerjaan Wanita & Remaja, Buruh Kanak – Kanak, Keselamatan Sosial, Koperasi dan lain-lain.
Mesyuarat berlangsung dengan baik dan delegasi itu berterima kasih kepada MTUC kerana memberikan input yang padat dan untuk penghargaan, kedua dua wakil saling bertukar cendera hati.
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com