Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
Pertemuan antara wakil-wakil dari Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) yang diwakili oleh Tan Say Pooi, Ketua Jabatan Perundingan Pusat Sumber Manusia Negara dan Encik Muhammad Lufti, Ketua Pembangunan Kapasiti dan Kapabiliti Pusat Sumber Manusia Negara dengan MTUC diadakan di Wisma MTUC pagi ini.
MTUC diwakili oleh Sdra Mohd Jaafar Majid, Timbalan Presiden MTUC, Sdra J Solomon, Setiausaha Agung MTUC, Sdra K Soma, Penolong Setiausaha MTUC dan Sdra Zul Thye, Penyelaras MRC MTUC.
Tujuan mesyuarat ini adalah untuk membentangkan cadangan dari PSMB mengenai penubuhan Institut Sumber Manusia Negara (NHRI). Objektif untuk pertubuhan ini adalah:
(1) Profesionalisme Sumber Manusia
– Untuk mewujudkan kerangka pengetahuan, amalan dan penglibatan profesional yang diperlukan di seluruh profesion Sumber Manusia.
(2) Rangka Kerja Kompetensi – Memberi garis panduan kerangka kerja HR, penilaian, pensijilan dan akreditasi bagi amalan terbaik.
(3) Rakan Kongsi Perniagaan – Menjadi rakan HR yang diiktiraf kepada pembuat dasar dan sektor swasta.
Penubuhan NHRI ini akan membabitkan perbincangan tripartite dengan MEF, MTUC dan MOHR.
Sdra J Solomon menghargai usaha PSMB kerana memberi ruang untuk MTUC dalam perbincangan Tripartite dan selagi pendidikan menjadi perhatian, semua pihak yang berkepentingan perlu terlibat. MTUC akan memberikan bantuan penuh dan berharap untuk perbincangan selanjutnya untuk lebih memahaminya.
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com