Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
MELAKA, 20 Jun (Bernama) — Kira- kira 10,000 pekerja sektor awam dan swasta dijangka menghadiri Perhimpunan Hari Pekerja 2014 yang bakal berlangsung di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini, Sabtu.
Kementerian Sumber Manusia dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual merasmikan perhimpunan yang bertemakan ‘Pekerja Berinovasi Pemacu Transformasi’.
Najib turut dijadual menyampaikan 13 anugerah antaranya Anugerah Perdana Menteri Untuk Kecemerlangan Sumber Manusia dan Tokoh Pekerja Negara bagi mengiktiraf sumbangan pekerja, jabatan kerajaan dan syarikat swasta dalam memartabatkan pembangunan sumber manusia di negara ini.
“Perhimpunan ini diadakan bagi mengeratkan semangat kerjasama antara tiga pihak iaitu kerajaan, majikan dan pekerja dalam usaha pembangunan negara.
“Sambutan Hari Pekerja juga diadakan bagi mengukuhkan sumbangan pekerja dalam pembangunan negara di samping turut menekankan kepentingan sumbangan pekerja dalam memartabatkan negara di pesada antarabangsa,” menurut kenyataan itu.
Sebanyak 54 gerai jualan barangan turut diadakan bagi memeriahkan program selain penganjuran pameran dan kaunter kerjaya. — BERNAMA
Sumber: Bernama
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com