Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
Bekas Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) itu berkata kesemua
136 pekerja terbabit telahpun memberi kebenaran kepada TWU membuat potongan
tersebut sebagai ‘upah’ berunding dengan Nadicorp bagi mendapatkan pampasan
lebih tinggi selepas perkhidmatan mereka ditamatkan.

Berikutan itu, kata Zainal, jawatankuasa yang dibentuk oleh bekas pekerja berkenaan,
telah memberi persetujuan kepada Nadicorp untuk membuat potongan daripada pampasan
tersebut – lima peratus bagi ahli dan 15 peratus bukan ahli – untuk dibayar
kepada TWU.

Zainal menjelaskan demikian berikutan aduan bekas perkerja terbabit kepada
Suhakam yang mendakwa Zainal telah memperdaya dan memaksa mereka supaya membenarkan
wang pampasan pemberhentian kerja dipotong, tanpa persetujuan mereka.

Katanya, kesemua bekas pekerja terbabit turut menandatangi surat kebenaran
supaya potongan itu dibuat sebagai ‘upah’ kepada TWU membantu mereka mendapatkan
bayaran pampasan yang lebih tinggi daripada pihak majikan.

Menurut Zainal, TWU berjaya mendapatkan pampasan hampir RM2.5 juta – bertambah
RM1 juta – berbanding RM1.5 juta yang ditawarkan sebelumnya oleh pihak Nadicorp
kepada bekas pekerja terbabit.

Janji beri saham

"Exco TWU juga memutuskan TWU menerima potongan tersebut sebagai balasan
kepada perjuangan TWU mendapatkan pampasan yang lebih tinggi kepada bekas pekerja
Nadicorp tersebut," katanya.

Berikutan itu, TWU telah menerima sebanyak RM164,295 hasil potongan daripada
pampasan itu sepertimana yang dipersetujui oleh kesemua pekerja terbabit.

"Mereka perlu berterima kasih kepada TWU kerana selepas beberapa siri
rundingan dengan Nadicorp, kesemua mereka mendapat pampasan lebih besar daripada
perjanjian bersama yang dibuat," katanya.

Berikutan itu, kata Zainal para pekerja berkenaan menerima wang pampasan antara
RM20,000 hingga RM80,000 setiap seorang.

Sementara itu itu, seorang jurucakap Nadicorp, ketika dihubungi malaysiakini
hari ini, menjelaskan potongan wang pampasan tersebut dibuat setelah pihaknya
mendapat pengesahan dari kedua-dua pihak.

"Bagaimanpun, kita memotong secara purata 10 peratus dari kesemua 136
pekerja terbabit sebelum diserahkan kepada TWU," katanya.

Mengenai saham syarikat, beliau menjelaskan, kesemua 136 bekas pekerja itu
masing-masing akan menerima 10 peratus saham apabila Nadicorp disenaraikan di
Bursa Malaysia sebelum akhir tahun ini.

Katanya, ia adalah sebagai memenuhi antara berapa syarat utama dalam perjanjian
bersama syarikat dengan pekerja, ketika Nadicorp mengambilalih pengurusan bas
dari Mara beberapa tahun lalu.

Sehubungan itu, beliau meminta bekas pekerja tersebut bersabar kerana mereka
akan menerima peruntukan saham hanya selepas syarikat tersebut disenaraikan.

Berhubung dakwaan tindakan Syarikat Daya Matang Sdn Bhd, syarikat luar yang
dilantik untuk penyelengaraan bengkel bas ekspres tersebut, mengambil pekerja
asing, jurucakap itu berkata ia tidak ada kena mengena dengan Nadicorp.
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com