Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
MTUC mengalu-alukan pelantikan YB Kulasegaran Murugeson sebagai Menteri Sumber Manusia yang baru. Beliau adalah seorang peguam yang dikenali ramai dan amat dipercayai dalam menyuarakan banyak isu yang memberi kesan kepada rakyat Malaysia termasuk golongan pekerja dan amat memahami limitasi dalam sistem.
Kami yakin dapat bekerjasama dengan beliau bagi menangani pelbagai isu kritikal yang telah dimajukan MTUC kepada Kerajaan sebelum ini dan baru-baru ini juga kepada Kerajaan Pakatan Harapan.
Antara lain, perlu ada perhatian segera mengenai mekanisme penyelesaian pertikaian, pengiktirafan kesatuan sekerja tanpa halangan dan amalan Mahkamah Perusahaan, ianya perlu kembali kepada asas iaitu nurani yang baik dan ekuiti, bukannya teknikaliti yang telah gagal untuk membawa keadilan seperti yang dijangka oleh pekerja yang malang.
Terdapat juga keperluan untuk meneliti undang-undang berkaitan kes pembuangan kerja yang tidak sah iaitu “pemulihan kerja” melainkan pihak menuntut sudi menerima pampasan sebagai ganti rugi dalam pemulihan kerja dan bukannya diputuskan dengan sewenang-wenangnya oleh pihak mahkamah yang bukan tujuan sebenar peruntukkan Seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan 1967.
Perlindungan tertentu untuk kesatuan sekerja juga harus diberi perhatian seperti mengkriminalisasikan kegiatan anti-kesatuan dan ahli kesatuan yang dijadikan mangsa, semakan undang-undang perihal potongan yuran kesatuan secara sukarela oleh majikan dan membatalkan undang-undang yang menghalang hak kesatuan. NLAC perlu dipulihkan untuk memainkan peranannya dengan berkesan.
Memperuntukkan dana tambahan kepada Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP) dan Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja(JHEKS) untuk disalurkan sebagai geran kepada kesatuan bagi melatih dan meningkatkan kemahiran ahli masing-masing, dan untuk Jabatan Tenaga Kerja bagi meningkatkan penguatkuasaan dan merombak Pengurusan Dana Pembangunan Sumber Manusia untuk memudahkan pekerja meningkatkan kemahiran dan melatih semula pekerja supaya bersedia untuk masa depan kerja
dalam konteks Industri 4.0.
MTUC sentiasa toleran dan sedia bekerjasama dengan kerajaan tetapi Menteri sebelum ini telah amat mengecewakan MTUC dan gagal terhadap warga pekerja.
MTUC juga berharap YB Kula akan segera menghentikan KSU dan pengurusan atasan KSM daripada campur tangan dalam pentadbiran MTUC dengan tidak memperdulikan Perlembagaan MTUC dan peraturan yang telah menyebabkan kacau bilau yang tidak diperlukan di dalam MTUC.
Kami berharap Peraturan Undang-Undang yang ditekankan oleh PM akan dilaksanakan di peringkat KSM. Sekiranya tidak dilakukan, isu-isu pekerja akan diketepikan dan kepentingan individu akan diutamakan seperti yang berlaku sekarang.
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com