Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
11 – 12 September 2019, Kuching-Sarawak
Bengkel Pembangunan Kapasiti Pengurusan Kesatuan Sekerja dan Bantuan Teknikal
MTUC dengan kerjasama bersama Solidarity Center dan juga MTUC Bahagian Sarawak telah menganjurkan Bengkel Pembanguan Kapasiti Pengurusan Kesatuan Sekerja dan Bantuan Teknikal yang telah diadakan di Kuching Sarawak. Sdra Wilibordus Balawala dari Solidarity Center hadir dalam bengkel ini. Di antara wakil MTUC Sarawak yang hadir adalah Setiausaha Agung MTUC Sarawak iaitu Sdra Andrew Lo dan juga Sdra Haji Ibrahim, Pengerusi MTUC Sarawak selaku Pengerusi Majlis dalam bengkel ini. Seramai 27 peserta yang terdiri dari 16 peserta lelaki dan 11 peserta wanita dari pelbagai kesatuan turut hadir dalam bengkel tersebut. Bengkel ini dikendalikan oleh pemudahcara dari Ibupejabat MTUC iaitu Sdra Zul Thye dan juga Sdra Rudy.
Tujuan bengkel ini dijalankan adalah untuk menambahbaik pengetahuan dan juga pengalaman pegawai kesatuan dalam mentadbir urus kesatuan masing-masing. Ini adalah platform yang terbaik untuk semua pegawai kesatuan untuk bertanyakan soalan mahupun pandangan semasa bengkel dijalankan. Di samping itu juga, peserta yang hadir digalakkan mengemukakan bantuan teknikal yang diperlukan dan diharapkan dari MTUC Pusat dan juga Solidarity Center. Ini akan dilakukan melalui kerja kumpulan untuk peserta dan akan dibentangkan di akhir bengkel tersebut.
Sdra Ibrahim memulakan bengkel ini dengan memberikan ucapan kata-kata aluan kepada semua peserta dan memberikan penerangan objektif bengkel ini diadakan . Beliau berharap semua peserta dapat memberikan tumpuan dan kerjsama yang baik untuk terus melibatkan diri dalam semua kerja kumpulan yang akan diadakan.
Sdra Zul Thye telah membentangkan dan menerangkan fungsi dan peranan MTUC Pusat dalam mengadakan Pusat Perkhidmatan Pekerja dalam membantu semua pekerja termasuk pekerja migran dan juga pembantu rumah migran. Statistik berkenaan permasalahan yang berlaku di dalam pengurusan kes juga telah dibentangkan.
Sdra Law KM dan juga Sdra Abang Razali Abang Salleh dari MTUC Sarawak telah membentangkan topik berkenaan kepimpinan kesatuan sekerja. Pelbagai maklumat dan juga tips berkenaan pengurusan sekerja yang efektif telah diterangkan. Pengetahuan tentang fungsi dan masalah yang berlaku di dalam sesebuah organisasi kesatuan telah diterangkan dengan jelas demi kefahaman peserta. Kualiti yang diperlukan sebagai seorang pemimpin perlu ditunjukkan kepada keberkesanan pengurusan di mana objektif yang jelas dan adil dapat disampaikan kepada ahli kesatuan.
Sdra Rudy pula telah membentangkan berkenaan cara-cara organizing yang efektif dengan menggunakan konsep power mapping dan juga SWOT Analysis. Cara organizing yang betul dengan penggunaan ITUC Organizing model telah diterangkan dengan jelas. Disamping itu, suatu kerja kumpulan telah diadakan untuk mengetahui apakah sumbangan peserta kepada kesatuan masing-masing dan apakah perkara yang tidak dapat dijayakan semasa bersama kesatuan sekerja. Pengajaran yang telah diperolehi keatas kedua dua perkara tersebut juga telah dinyatakan oleh peserta. Kerja kumpulan yang seterusnya adalah peserta harus menyediakan pembentangan pelan kempen bagi setiap kumpulan.
Bengkel ini akan diteruskan keesokan harinya untuk pelbagai lagi perkara yang akan dibincangkan.
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com