Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
Pulau Pinang – 28 April 2015, NUBE Northern Region diketuai oleh Timbalan Presiden Sdr Abdul Jamil Haji Jalaludeen PJK yang juga Pengerusi NUBE Northern Region bersama-sama Naib Pengerusi Sdr Baskaran PJM PJK, Setiausaha Kehormat Sdr Chee, Bendahari Kehormat Sdr Mohd Ilyas dan kesemua Ahli-Ahli Jawatankuasa NUBE Northern Region telah mengambil bahagian dalam “Hari Memperingati Pekerja 2015” anjuran MTUC Bahagian Pulau Pinang yang telah menganjurkan aktiviti ini tanpa gagal selama 21 tahun.
Hari Peringatan Pekerja (Workers’ Memorial Day) ini akan disambut pada setiap tahun di seluruh dunia pada 28 April, satu hari antarabangsa bagi memperingati para pekerja yang terkorban, cacat, cedera semasa waktu bekerja.
Setiap tahun ramai insan yang bergelar pekerja terkorban di tempat kerja lebih daripada yang terkorban dalam peperangan. Kebanyakannya tidak hanya meninggal dengan penyakit misteri, atau dalam tragis “kemalangan”.
Mereka terkorban kerana ada segelintir majikan telah memutuskan keselamatan pekerja ini tidaklah begitu penting dan aspek keselamatan tidak menjadi keutamaan bagi mereka. Hari Peringatan Pekerja (Workers’ Memorial Day) ini adalah bagi memperingati warga pekerja yang telah terkorban sewaktu mereka bekerja.
Slogan pada setiap tahun adalah “memperingati kepada yang telah meninggal dan berjuang bagi yang hidup”.
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com