Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
25 November 2019, Johor Bahru
MTUC meneruskan kerjasama bersama Solidarity Center dengan menganjurkan Bengkel Kepimpinan Wanita dan Rundingan Meja Bulat Penyedian Perjanjian Bersama yang memartabatkan peranan wanita di dalam kesatuan sekerja. Objektif bengkel ini diadakan kerana ingin membantu dan membimbing wakil kesatuan sekerja dari golongan wanita agar peranan mereka sama seperti pemimpin lelaki di dalam urus tadbir kesatuan masing-masing.
Seramai 20 orang peserta wanita dari pelbagai sektor dan kesatuan sekerja telah hadir dalam bengkel tersebut. Bengkel ini dirasmikan oleh Pengerusi MTUC Bahagian Johor, Sdra Michael Tan. Manakala, Sdra Zul Thye dan juga Sdra Rudy Rusly dari Ibupejabat MTUC telah mengendalikan bengkel ini dengan jayanya sebagai pemudahcara dan penyampai pembentangan masing-masing. Sdra Yunus dari MTUC MRC Johor dan Encik Wilibrodus Balawala dari Solidarity Center turut hadir dalam bengkel ini.
Di dalam ucapan pembukaan dari Pengerusi MTUC Bahagian Johor, Sdra Michael telah memaklumkan bahawa perjuangan MTUC dalam memartabatkan kaum wanita di dalam kesatuan sekerja dan amat serius di dalam merealisasikan agenda wanita sejak tahun 1960 lagi. Beliau juga telah memaklumkan bahawa, adalah amat penting untuk peserta pada hari ini untuk membuat kajian berkenaan C183-Perlindungan Materniti, C111-Diskriminasi Pekerjaan dan Penjawatan, C156-Tanggungjawab Pekerja Bersama Keluarga dan seterusnya C98-Hak Berpesatuan dan Perjanjian Bersama. Kajian ini amat penting agar beberapa maklumat yang terdapat di dalam konvensyen antarabangsa tersebut dapat dipetik untuk dimuatkan di dalam Perjanjian Bersama bagi kesatuan masing-masing bagi memperjuangkan hak wanita keseluruhannya.
Encik Wilibrodus Balawala dalam ucapannya berkata, pembabitan wanita di dalam kesatuan sekerja di Malaysia perlu dipertingkatkan lagi. Beliau telah memaklumkan tentang sejarah kesatuan sekerja yang membabitkan wanita di Indonesia supaya peserta yang hadir dapat mengambil ikthibar yang ada. Walaubagaimanapun, beliau berharap semua peserta dapat memberikan pandangan dan sumbangan yang bernas dan efektif dalam bengkel ini terutamanya di dalam rundingan meja bulat penyedian Perjanjian Bersama.
Sdra Zul Thye telah membentangkan peranan Ibupejabat MTUC dan kerjasama kesatuan gabungan di seluruh Malaysia dalam membantu ahli kesatuan gabungan mahupun golongan pekerja di Malaysia termasuk pekerja migran. Ini dapat dijalankan melalui pembentukan MTUC Service Center dan juga Migrant Resource Center (MRC). Segala aktiviti yang telah dijalankan telah diterangkan kepada semua peserta.
Sdra Rudy didalam pembentangan yang berbentuk latihan dan juga kerja kumpulan telah dijalankan dengan penuh pembabitan dari semua peserta. Informasi berkenaan cara-cara organizing yang berkesan dan juga artikel-artikel Perjanjian Bersama yang menambah baik faedah kepada golongan wanita.
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com