Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
13 Mei 2020.
Wisma Sumber Asli, Putrajaya.
MTUC hari ini mengadakan mesyuarat dengan Ketua Setiausaha Kementerian Tanah dan Sumber Asli, Ybhg. Datuk Zurinah Pawanteh, bersabit isu pembinaan kuarters pekerja Zoo Negara yang gagal dibina oleh Persatuan Zologi Malaysia sekian lama.
Pada tahun 2001, kerajaan menyalurkan RM1.6 juta kepada Persatuan Zologi Malaysia yang menguruskan Zoo Negara untuk membina kuarters pekerja namun projek itu tidak dilaksanakan sehingga sekarang.
Sepanjang tempoh itu, pihak Persatuan Zologi Malaysia telah memberikan alasan-alasan remeh dan tidak masuk akal atas kegagalannya menunaikan janji membina penginapan untuk pekerja Zoo Negara.
MTUC sekian lama berusaha mendapatkan pembelaan sewajarnya untuk pekerja yang terjejas itu dan pada 8 Mei lalu, kami mengutuskan surat memohon perjumpaan secepat mungkin dengan Kementerian Tanah dan Sumber Asli.
Kami berterima kasih kepada pihak Ybhg. Datuk Zurinah kerana pantas bertindak atas permohonan kami dengan mengadakan mesyuarat hari ini, meskipun Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat masih berkuatkuasa.
Mesyuarat hari ini memberi peluang kepada MTUC untuk menyampaikan secara terus kepada pimpinan Kementerian mengenai rintihan pekerja akibat kegagalan Persatuan Zologi Malaysia membina kediaman untuk mereka sungguhpun peruntukan kerajaan sudah lama disalurkan kepada badan berkenaan.
Ybhg Datuk Zurinah amat prihatin mendengar hujah-hujah kami dan seterusnya meminta pihak kesatuan segera mengemukakan laporan bertulis merangkumi segala keperluan dan saranan pihak kesatuan bersabit projek kuarters pekerja Zoo Negara.
Menurut Ybhg Datuk Zurinah, laporan itu penting untuk membantu pihak kementerian membuat keputusan muktamad. Beliau menegaskan peruntukan RM1.6 juta yang disalurkan kepada Persatuan Zologi Malaysia adalah dana awam yang harus digunakan secara bijaksana dan mengikut tujuan peruntukan itu diluluskan.
Pada mesyuarat hari ini, pemimpin kesatuan yang mewakili KPPMZS juga memberikan pencerahan kepada Datuk Zurinah dan pegawai kementerian mengenai isu-isu berkaitan melibatkan kebajikan pekerja serta binatang peliharaan di Zoo Negara.
MTUC ingin merakamkan penghargaan kepada Kementerian kerana bersikap pro-aktif dengan mengadakan mesyuarat hari ini dengan pihak kesatuan. Kami yakin perjumpaan yang berlangsung lebih satu setengah jam, mulai 1.45 tengah hari itu akan membuahkan hasil yang diharapkan oleh semua pihak, khususnya pekerja Zoo Negara.
Ends
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com