Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) — Union Network International-Malaysia Labour Centre (UNI-MLC) mencadangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memperkenalkan bonus sebagai tambahan kepada dividen yang diberikan kepada pencarumnya.
Presiden UNI-MLC Mohamed Shafie BP Mammal berkata KWSP boleh memperkenalkan sistem bonus yang sama diamalkan oleh Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Lembaga Tabung Haji.
“Selain daripada kadar dividen pada 6.75 peratus, KWSP sebagai contoh memberikan bonus tambahan satu peratus sebagai penghargaan kepada pekerja yang telah mencarum lebih daripada 25 tahun.
Ini hanya satu cadangan yang boleh diambil kira oleh KWSP dan alangkah baiknya jika KWSP memperkenalkan sistem bonus baharu ini pada masa hadapan,” katanya kepada Bernama di sini pada Isnin.
Mohammad Shafie berkata daripada 1.3 juta pencarum, mungkin antara 25 hingga 30 peratus daripada mereka telah menyimpan lebih daripada 25 tahun, layak untuk menerima bonus dan beliau percaya KWSP mampu berbuat demikian.
Beliau berkata UNI-MLC juga akan menggalakkan lebih ramai pekerja menjadi pencarum KWSP.
UNI-MLC dengan 80 gabungan kesatuan dan lebih 350,000 keanggotaan adalah sebuah organisasi yang memperjuangkan kepentingan organisasi gabungannya selain daripada meningkatkan taraf sosio-ekonomi pekerja.
Selain daripada itu, UNI-MLC juga mengucapkan tahniah kepada Lembaga Pengarah KWSP kerana mengumumkan dividen 6.75 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2014, yang tertinggi dalam sedekad.
“Ini satu petunjuk jelas lembaga pengarah dan jawatankuasa pelaburan bekerja keras memastikan pertumbuhan berterusan KWSP dan pulangan yang tinggi kepada pencarum,” katanya.
Sabtu lepas, KWSP mengumumkan kadar dividen sebanyak 6.75 peratus untuk pencarumnya pada 2014, lebih tinggi daripada 6.35 peratus yang diumumkan pada tahun sebelumnya.
Sumber: Bernama
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com