Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
Tenaga Nasional Berhad (TNB) didakwa mengintimidasi dan mengganggu pentadbiran Persatuan Tenaga Nasional (PET) sejak beberapa bulan lalu dan perkara tersebut dirujuk kepada Jabatan Perhubungan Perusahaan.
Lebih mengejutkan lagi, Ketua Pegawai Eksekutif TNB Datuk Seri Ir Azman Bin Mohd dan Ketua Pegawai Insan Dato’ Muhammad Razif Abdul Rahman telah dituduh menggunakan media sosial untuk menjejaskan pemimpin Kesatuan dan mengganggu ahli kesatuan untuk meletak jawatan dari Kesatuan.
TNB juga telah didakwa menggunakan taktik tipu helahnya untuk mengelakkan pertemuan dengan wakil-wakil Kesatuan pilihan Kesatuan dan cuba untuk berjumpa dengan wakil-wakil Kesatuan
pilihan TNB sendiri dan seterusnya menangguhkan proses rundingan Perjanjian Bersama.
Tindakan tidak wajar CEO TNB Datuk Seri Ir Azman Bin Mohd dan Ketua Pegawai Insan, Dato’ Muhammad Razif Abdul Rahman tidak dapat diterima oleh ketua-ketua Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan tidak kondusif untuk reputasi kerajaan.
Kod Etika TNB untuk “memberi khidmat kepada pelanggan dan rakan-rakan pekerja kami dengan cara yang sama seperti kami ingin diperlakukan” adalah bertentangan dengan dakwaan salah laku CEO dan CPO TNB.
Selanjutnya,untuk memenuhi keperluan “setiap individu dihormati dengan mengenali peranan setiap individu, melayani setiap individu dengan maruah” telah dikompromi oleh Ketua Pegawai Eksekutif dan CPO yang sepatutnya menegakkan Kod Etika ini.
PET sebagai kesatuan gabungan MTUC, berusaha untuk campur tangan bagi mencari penyelesaian yang baik sejak rayuan yang berulang kepada TNB tidak menjadi kenyataan.
MTUC kini memerhatikan suatu peningkatan jumlah ekploitasi yang dilakukan oleh GLC terhadap golongan pekerja, pemimpin kesatuan sekerja dan terlibat dalam kegiatan anti aktiviti kesatuan sekerja dengan melanggar Piawaian Perburuhan Antarabangsa dan secara keseluruhan melanggar Undang-undang.
MTUC risau atas tindakan yang dilakukan oleh pengurusan TNB untuk menjejaskan mana-mana kesatuan gabungan dan pekerja mereka.
Kami juga sama-sama dalam kerisauan samada tindakan ini adalah suatu cubaan menghina kerajaan baru.
Memandangkan MTUC percaya dalam dialog sosial, kami telah menulis dua surat bertarikh 5 Oktober dan 8 November 2018 kepada TNB.
Edisi seterusnya kami akan mendedahkan hasil kedua-dua surat tersebut.
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com