Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
KUANTAN, 8 Sept (Bernama) — Tiga pekerja asing dikhuatiri terperangkap dalam kejadian runtuhan batu kuari di Bukit Sagu 4 dekat Panching di sini pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada kira-kira 5 petang.
“Sebaik menerima laporan, polis bersama pasukan penyelamat yang terdiri daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri bergegas ke lokasi kejadian bagi mengesan pekerja asing yang dipercayai warga Myanmar dan Indonesia,” katanya.
Beliau berkata polis masih mengenal pasti identiti mangsa yang terbabit dan masih menyiasat punca kejadian.
“Kita akan maklumkan sejurus menerima laporan siasatan nanti,” katanya. — BERNAMA
Sumber: Bernama
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com