Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
20-21 November 2018, Amman-Jordan
Persidangan Serantau Bagi Pekerja Migran yang dianjurkan oleh LO-Norway Partners di Asia dan Timur Tengah di Hotel Rotana, Amman-Jordan
Persidangan 2 hari itu dihadiri oleh Kongress Kesatuan Sekerja Arab (ATUC), ILO, GEFONT, LO NORWAY, FES, BWI, Kesatuan Sekerja dari Timur Tengah dan juga dari negara Asia. MTUC diwakili oleh Sdra Zul Thye, Penyelaras MTUC-MRC.
Pada hari pertama persidangan itu, perbincangan diadakan untuk mengkaji semula Persidangan Kuala Lumpur mengenai apa yang telah berlaku pada tahun 2016, semakan semula cadangan dari LO Norway semasa persidangan serantau pekerja migran yang lepas di Kuala Lumpur, Pemahaman secara global untuk penghijrahan selamat ,teratur dan berkongsi pengalaman dari negara penerima. Pengalaman kesatuan untuk kerjasama kesatuan dalam mengurus pekerja migran dikongsi di kalangan semua peserta.
Pada hari ke-2,
topik perbincangan adalah piawaian kontrak yang tetap bagi pekerja migran dan peranan pekerja migran dalam Kesatuan Sekerja.
Kami berkongsi amalan terbaik yang telah dicapai dalam 2 tahun yang lalu dari segi penganjuran dan perjanjian kolektif bagi pekerja migran.
Kesatuan sekerja juga menimbulkan cabaran utama yang kita hadapi dalam mempromosikan hak-hak pekerja migran termasuk hak untuk menjadi ahli kesatuan, hak menjadi sebahagian daripada proses rundingan perjanjian kolektif dan hak untuk memimpin kesatuan dan mengundi.
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com