Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
3 April 2019, Wisma MTUC
Mesyuarat Sambutan Hari Pekerja 2019 yang ke-3 telah diadakan hari ini di Tingkat 2, Wisma MTUC.
Mesyuarat itu dihadiri oleh Sdra J Solomon, Setiausaha Agung MTUC, Sdra Mohd Jafar, Timbalan Presiden selaku
Pengerusi mesyuarat, Sdra K Soma, Penolong Setiausaha Pendidikan, Pemangku Pemuda MTUC, Sdra Kamal Hashim, Pengerusi Wanita MTUC, Sdri Nasrifah, Setiausaha MTUC Selangor /Bahagian Wilayah, Sdra Faizal, Ahli-ahli Majlis Am dan pegawai-pegawai kesatuan sekerja.
Perbincangan amat progresif dan membuahkan hasil dalam mesyuarat hari ini. Semua hadirin bersetuju untuk mengadakan sambutan ini di Wisma MTUC pada 1-5-2019 dari jam 7.00 pagi dan dijangka selesai pada jam 12.00 tengah hari.
Pelbagai aktiviti telah dirancang, di antaranya adalah Perarakan Hari Buruh, Kiosk Pameran, Persembahan oleh warga Kesatuan, Pertandingan Mewarna untuk Kanak-kanak, kempen derma darah, kesedaran hak pekerja, bantuan bagi hak pekerja migran dan sebagainya.
Keputusan akhir aktiviti akan dimakkumkan kepada semua kesatuan pada minggu depan.
Memandangkan tahun ini adalah ulangtahun ke-70 MTUC yang kami banggakan, kami menjangkakan seramai 10,000 pekerja akan berkumpul di Wisma MTUC pada 1 Mei 2019.
Kita harus ingat bahawa hak pekerja secara perlahan-lahan telah dihakis oleh majikan dan kita harus membuktikan kepada semua orang bahawa semua pekerja perlu bersatu dengan MTUC untuk mengembalikan solidariti yang bersatu untuk masa depan yang lebih baik untuk semua pekerja di Malaysia.
Kami berharap semua kesatuan dan semua pekerja bersama keluarga mereka akan bersama kami dalam acara kebanggaan pekerja ini dan bersempena perayaan ulang tahun ke-70 MTUC.
Marilah kita bersatu untuk membawa kembali suara pekerja yang kuat melalui MTUC.
MTUC menjemput semua pekerja di negara ini untuk menyertai kami dalam acara ini.
Hadiah menarik bernilai RM50,000.00 menanti anda.
Mesyuarat seterusnya akan diadakan pada 8-4-2019 pukul 3.00 petang di tempat yang sama. Kami berharap lebih ramai ahli gabungan kesatuan dapat hadir dalam mesyuarat ini.
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com