Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
Persatuan Hospital Swasta Malaysia menafikan ahlinya mengaut keuntungan.
KUALA LUMPUR: Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) menolak dakwaan mengatakan ahlinya dengan tamak haloba mengaut keuntungan daripada pelanggan.
Presidennya, Jacob Thomas berkata salah untuk berfikir yang penjagaan kesihatan swasta di negara ini adalah lubuk emas.
“Orang ingat kami di sini buat duit kerana caj kami lebih tinggi berbanding hospital kerajaan,” katanya kepada FMT.
Beliau berkata ada sedikit perbezaan dalam “kos sebenar” antara penjagaan kesihatan awam dan swasta.
“Perbezaannya ialah penjagaan kesihatan awam menerima subsidi yang banyak. Jadi seseorang individu fikir ia murah, tetapi sebenarnya ia datang daripada pembayar cukai,” katanya.
Thomas berkata masyarakat perlu melihat pada kos penjagaan kesihatan swasta di negara jiran untuk tahu betapa kos di Malaysia lebih berpatutan.
Beliau berkata kualiti dan kemampuan penjagaan kesihatan swasta di Malaysia juga menyumbang kepada perkembangan negara sebagai destinasi pelancongan perubatan.
“Kira-kira 70% pelancong pesakit kami dari Indonesia dan mata wang kita boleh dianggap lebih tinggi daripada mereka.
“Dengan Singapura, jika anda bandingkan dolar ke dolar, cajnya sama. Rawatan bernilai SGD10,000 di Singapura akan mengenakan caj RM10,000 di sini,” katanya.
Thomas berkata hospital swasta adalah keperluan dalam sistem penjagaan kesihatan negara, dan pada masa ini 230 hospital swasta di Malaysia menyediakan 30% daripada penjagaan kesihatan negara.
“Hospital kerajaan mengendalikan 70% keperluan penjagaan kesihatan, dan itu juga mereka sudah rasa terlebih beban.
“Bayangkan jika hospital swasta ditutup hanya untuk sehari, pesakit terpaksa ke hospital kerajaan dan ini akan menambah tekanan terhadap penjagaan kesihatan awam,” katanya.
Katanya, ini sebabnya beliau tidak bersetuju dengan mereka yang mendesak kerajaan membekukan lesen hospital swasta untuk mencegah pemindahan pakar daripada sektor kesihatan awam ke swasta.
Antara pihak yang mendesak pembekuan itu ialah Parti Sosialis Malaysia (PSM). Disember lalu, Bendahari PSM Soh Sook Hwa mendakwa peningkatan jumlah doktor pakar meninggalkan sektor awam untuk ke hospital swasta menyebabkan kekurangan tenaga kerja di hospital kerajaan.
Thomas berkata penyelesaian masalah itu ialah untuk kerajaan melahirkan lebih ramai pakar dan menyediakan insentif lebih baik supaya mereka tidak cenderung untuk meninggalkan sektor awam.
“Sebenarnya jururawat di sektor awam dijaga dengan baik dan mereka berpuas hati. Dulu, mereka lebih suka hospital swasta tetapi sekarang tidak lagi,” katanya.
Source : http://www.freemalaysiatoday.com/…/tak-hospital-swasta-buk…/
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com