Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
JOHARDY IBRAHIM
TAIPEI 18 Mei – Pelabur Taiwan meminta kerajaan Malaysia mengadakan dasar yang jelas tentang pekerja asing supaya memudahkan mereka merancang pelaburan masa depan, selain mahukan prasarana dipertingkatkan lagi.
Ketua Pengarah Jabatan Kerjasama Antarabangsa, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi Taiwan, Tong I-Min berkata, antara rungutan utama pelabur negara itu di Malaysia ialah kesukaran mendapatkan tenaga kerja.
Beliau berkata, antara aduan yang diterima daripada pelabur di Malaysia ialah tentang satu syarikat Taiwan yang terpaksa menggaji lapan warga negara berbeza bekerja di kilang mereka.
Katanya, Malaysia diakui mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang pesat, sekali gus meningkatkan tahap gaji yang menyaksikan rakyat tempatan tidak berminat bekerja di kilang dan ini memaksa pelabur Taiwan menggaji pekerja asing.
“Perkara yang menyulitkan ialah tiada dasar pekerja asing yang jelas serta jitu. Ini menyebabkan mereka tidak menambah pelaburan di Malaysia.
“Keadaan itu juga mendorong pelabur Taiwan memutuskan untuk memindahkan operasi ke negara yang kos buruhnya masih rendah seperti Myanmar,’’ kata beliau kepada Utusan Malaysia yang menyertai program wartawan antarabangsa mengenai Pembangunan Ekonomi dan Politik Taiwan di sini hari ini.
Tong berkata, hubungan diplomatik yang semakin baik antara Taiwan dengan China, juga mempengaruhi sektor swastanya untuk memberi tumpuan ke Tanah Besar untuk melabur.
Menurutnya, kira-kira $200 bilion dolar Taiwan telah dilabur ke Tanah Besar membabitkan kira-kira 80,000 projek terutamanya perkilangan.
Beliau berkata, seawal 1980-an lagi Taiwan telah memilih rantau ASEAN terutama Malaysia sebagai lokasi pelaburan kerana tarikan bahan mentah yang banyak tetapi kini memerlukan banyak faktor lagi untuk menarik pelabur seperti prasarana.
Tong menjelaskan, pihaknya mahu menarik pelabur ASEAN yang berhasrat melabur di Tanah Besar agar menggunakan Taiwan sebagai pintu masuk.
“Kami memiliki kepakaran dan pengetahuan untuk bertapak di China, baik dari segi bahasa dan budaya tetapi juga kelebihan sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang bersifat antarabangsa,’’ kata beliau. – UTUSAN
Sumber: UTUSAN ONLINE
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com