Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
Selain itu, sikap majikan yang dipercayai tidak mahu terikat dan ingin menjimatkan
wang antara faktor mereka masih menggunakan pekerja warga asing tanpa dokumen
perjalanan sah.

Serbuan semalam adalah kali pertama dilakukan ke taman perumahan itu walaupun
kerja pembinaan sudah bermula dua tahun lalu.

Sumber memberitahu, beberapa majikan dilihat masih menggunakan pekerja asing
tanpa permit dan dokumen perjalanan sah bagi memudahkan mereka ‘membuang’
pekerja itu sekiranya tiada kerja yang perlu dilakukan.

Katanya, selain tidak mahu terikat mereka (majikan) juga dikatakan ingin menjimatkan
wang dengan mengelak bayaran levi dan permit yang dikenakan ke atas pekerja
asing itu.

“Sekarang masih ada majikan yang mengambil pekerja asing tanpa dokumen
perjalanan sah, salah guna permit atau permit tamat tempoh tetapi bilangannya
tidak ramai berbanding pekerja yang mempunyai permit.

“Tindakan itu dilakukan dipercayai bagi menjimatkan kos bagi mengelak
pembayaran levi dan permit selain mengelak membayar gaji apabila tiada kerja
dilakukan.

“Selain itu, ada juga majikan yang sengaja membuat aduan kepada pihak
berkuasa apabila kerja-kerja pembinaan selesai, bagi mengelak membayar gaji
pekerja itu,” katanya.

Seramai 70 anggota polis diketuai Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Johor Bahru
Utara (JBU), Deputi Superintendan Ahmad Zamri Awang dan Ketua Bahagian Ketenteraman
Awam dan Trafik JBU, Cif Inspektor Bakri Zainal Abidin memeriksa 350 pekerja
asing dalam Operasi Bersepadu Khas bermula jam 10 pagi hingga kira-kira jam
1 petang itu.

Selain polis dan Pasukan Gerakan Am Batalion 6, Simpang Renggam, operasi itu
turut disertai Jabatan Imigresen Johor diketuai Penolong Pengarah Penguatkuasa
Jabatan Imigresen, Mohamad Azmi Mohamad Isa bersama sembilan anggotanya.

Ahmad Zamri berkata, operasi bersepadu khas itu dilakukan berikutan pihaknya
mendapati peningkatan kes jenayah di kawasan Gelang Patah, membabitkan pekerja
warga asing.

“Kami banyak menerima aduan mengenai kes jenayah dilakukan pekerja warga
asing membabitkan ragut, pecah rumah, samun dan curi motosikal di Gelang Patah.

“Kami memandang serius masalah ini dan tujuan utama melakukan operasi
bagi menahan pekerja asing tanpa izin dan memeriksa mereka sama ada mereka mempunyai
rekod jenayah atau tidak,” katanya.

Menurutnya, hasil pemeriksaan ke atas 350 pekerja asing itu, 77 orang termasuk
seorang wanita ditahan selepas 14 daripada mereka didapati tiada sebarang dokumen
perjalanan sah.

“Dua daripada pekerja asing yang diperiksa menyalahgunakan pas lawatan
sosial, seorang berada di sini melebihi tempoh ditetapkan manakala permit kerja
60 pekerja asing sudah tamat tempoh,” katanya.
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com