Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) — Masih ada ruang bagi pihak majikan untuk menstruktur perlaksanaan gaji di Malaysia supaya selaras dengan keperluan sebuah negara berpendapatan tinggi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Sebagai contoh, peratus upah atau gaji daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara maju adalah dijangkauan 40 peratusan. Pada masa ini peratusan gaji daripada KDNK negara kita adalah pada kadar 32.9 peratus,” katanya dalam ucapan bersempena Majlis Pelancaran Laporan Tahunan Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi Isnin.
Beliau berkata produktiviti pekerja negara, yang meningkat 2.3 peratus tahun lalu, boleh dipertingkatkan lagi apabila nilai kerja ditambah dari sudut teknologi, inovasi dan kreativiti.
Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata kadar gaji juga boleh bertambah secara berperingkat apabila kadar produktiviti meningkat.
Selaras dengan keperluan sebuah negara berpendapatan tinggi pula, beliau berkata Inisiatif Pembaharuan Strategik bagi Pembangunan Modal Insan, melaksanakan dasar-dasar bertujuan memupuk transformasi di tempat kerja dan tenaga kerja, mewujudkan persekitaran kerja yang berdaya saing, menarik dan mengekalkan bakat dan peningkatan kemahiran tenaga kerja yang sedia ada.
“Antara pencapaian utama initiatif ini adalah Penguatkuasaan Perintah Gaji Minimum 2012 dan Akta Umur Persaraan Minimum 2012 yang telah dikuatkuasakan pada Januari 2013,” katanya.
Najib berkata perundangan baharu ini mewajibkan pekerja dibayar dengan gaji minimum RM900 sebulan di Semenanjung Malaysia dan RM800 sebulan di Sabah dan Sarawak, berkuatkuasa hanya pada pekerja tempatan.
Source: BERNAMA
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com