Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
KUALA LUMPUR, 19 Jan (Bernama) — Lebih 12,000 pekerja yang ditimpa kemalangan telah dilatih semula oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di bawah program ‘Return To Work’ sejak 2007.
Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Ismail Abd. Muttalib berkata 75 peratus daripada yang dipulihkan diambil semula bekerja oleh majikan.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan cek Bayaran Ganti Belanja (BGB) dan Faedah Hilang Upaya Sementara (FHUS) kepada Muhamad Aizat Md Arsat, 23, yang ditimpa kemalangan ketika dalam perjalanan ke tempat kerja awal tahun ini, di sini hari ini.
Ismail berkata pekerja yang ditimpa kemalangan di tempat kerja atau ketika berulang alik ke tempat kerja dan hilang upaya sementara akan dihantar ke Pusat Rehabilitasi Perkeso di Ayer Keroh, Melaka yang dibuka sejak tahun lalu selain dilatih panel swasta dilantik.
Dalam perkembangan sama, Ismail berkata Perkeso akan lebih proaktif dalam menyelesaikan bayaran faedah kepada pekerja terlibat kemalangan sebaik sahaja laporan lengkap diterima dalam tempoh antara tiga hari dan seminggu.
Terdahulu Ismail menyerahkan cek BGB bagi perbelanjaan implan berjumlah RM14,787 kepada bapa Muhamad Aizat, Md Arsat Lambak, 57.
Selain itu Muhamad Aizat juga menerima cek FHUS berjumlah RM286.67 bagi tempoh cuti sakit bermula 9 Jan sehingga 14 Jan.
Muhamad Aizat seorang pekerja hotel yang menunggang motosikal terbabas ketika mengelak kenderaan lain sewaktu dalam perjalanan ke tempat kerjanya 9 Jan lalu.
Beliau yang mengalami kecederaan parah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan disahkan mengalami kecederaan di kepala dan patah tulang belakang.
Muhamad Aizat kini masih dirawat di Unit Rawatan Rapi PPUM dan keadaannya dilaporkan stabil.
Sumber: Bernama
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com