RON95, RON97 dan diesel naik 4 sen
25 May 2017 Print page
SHAH ALAM – Harga minyak petrol RON97, RON 95 dan diesel naik lagi 4 sen bermula tengah malam ini sehingga 31 Mei.
Ia menjadikan harga runcit terbaharu bahan bakar itu, RON95 (RM2.12 seliter), RON97 (RM2.40 seliter) dan diesel (RM2.03 seliter).
Perkara tersebut disahkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melalui laman Facebook rasmi mereka.
Pada minggu lalu, iaitu Khamis lepas hingga hari ini, harga runcit mingguan bagi petrol RON95 ialah RM2.08 seliter, RON97 (2.36 seliter) dan diesel (RM1.99)
Source : http://www.sinarharian.com.my/semasa/ron95-ron97-dan-diesel-naik-4-sen-1.679856