Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
Oleh Sajad Hussein
KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) — Dua juta pekerjaan yang dijangka wujud hasil daripada pelaksanaan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) perlu dikhususkan untuk rakyat Malaysia, kata Persekutuan Kesatuan Sekerja Pekerja-pekerja dalam Institusi Perbankan dan Kewangan (FEBFI).
Setiausaha agungnya J. Solomon memberitahu Bernama kesatuan itu berharap pekerjaan yang bakal diwujudkan itu kelak tidak ‘dirampas’ oleh pekerja asing.
Rasa bimbang itu wujud, kata Solomon disebabkan ‘selama ini kita melihat pekerja asing yang dibawa masuk menerusi ejen yang bukan sahaja memberi masalah kepada kerajaan, malah kepada majikan dan pekerja tempatan’.
Masalah ini wujud disebabkan pengambilan pekerja asing di negara ini ketika ini tidak semata-mata dibuat oleh Kementerian Sumber Manusia, malah juga oleh Kementerian Dalam Negeri.
Beliau berharap semua isu yang melibatkan pekerja dikendalikan Kementerian Sumber Manusia apabila TPPA dilaksanakan mulai 2018.
Solomon memuji Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Kementerian Sumber Manusia yang kerap berdialog dengan pemegang kepentingan dalam menjelaskan isu membabitkan pelaksanaan TPPA.
Beliau turut menasihati pekerja supaya memahami manfaat TPPA dan bekerja rapat dengan kerajaan bagi memastikan kejayaannya untuk manfaat semua rakyat negara ini.
Sumber: Bernama
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com