Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
LONDON, 9 Nov — Hari ini Isnin, adakah anda mulakan minggu kerja dengan letih lesu, bagaikan tidak cukup rehat?
Atau adakah anda sudah mengambil cuti hari ini bagi menikmati cuti panjang mulai hujung minggu hingga Deepavali esok?
Jika anda dalam golongan pertama, apa salahnya anda mula merancang menghabiskan cuti hujung tahun ini.
Lebih-lebih lagi, satu kajian mendapati Malaysia antara negara yang mencatatkan bilangan pekerja yang paling sedikit menghabiskan cuti tahunan di rantau ini.
YouGov, satu badan kajian yang berpusat di United Kingdom, meninjau 22 buah negara dari September hingga Oktober tahun ini.
Mereka mendapati hanya 44 peratus pekerja Malaysia menghabiskan cuti tahunan mereka, menjadikan negara ini di tangga ke-20, atau ketiga paling bawah.
Malaysia berbeza dengan negara-negara jiran seperti Thailand, di tangga kelapan, dengan 61 peratus pekerja menghabiskan cuti tahunan mereka.
Begitu juga Indonesia yang berada di tangga ke-12 (54 peratus) dan Singapura pula di tangga ke-14 (51 peratus).
Britain, Denmark dan Jerman berada di tangga teratas dengan masing-masing 75 peratus, 71 peratus dan 70 peratus pekerja mereka menghabiskan cuti.
Australia menduduki tangga tercorot (ke-22) dengan cuma 43 peratus pekerja mengambil cuti penuh.
Manakala Jordan dan Amerika Syarikat yang masing-masing berada di tangga ke-21 dan 19 berkongsi peratusan sama dengan Malaysia (di tangga ke-20).
Tinjauan sama, yang diumumkan Jumaat lepas, turut meneliti median cuti bergaji dalam setahun yang diberi kepada pekerja sesebuah negara.
Malaysia, China dan Singapura berada di tempat kedua dari belakang dengan mencatatkan cuma 11 hari cuti bergaji dalam setahun, di hadapan Thailand yang hanya memberikan 5 hari cuti berbayar.
Denmark, Jerman, Finland, Emiriah Arab Bersatu, Arab Saudi dan Algeria memberi cuti bergaji paling banyak iaitu selama 30 hari.
Sumber: Malay Mail Online
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com