Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) — Langkah melaksanakan pembaharuan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) secara dalam talian untuk semua jenis pekerjaan mulai 1 Jan lepas, mampu menangani penyelewengan oleh mana-mana pihak.
Menurut Kementerian Dalam Negeri (KDN) pembaharuan PLKS secara dalam talian juga dapat memendekkan tempoh memproses pemohonan kepada satu atau dua hari berbanding sebelum ini, yang antara dua keempat minggu, selain mengurangkan kesesakan di kaunter Jabatan Imigresen.
Melalui sistem ini, masalah majikan yang dikatakan terpaksa bergantung kepada ejen untuk membuat permohonan juga dapat ditangani, menurut kementerian itu dalam kenyataan di sini hari ini.
Kementerian itu juga berkata kadar caj perkhidmatan dalam talian sistem MyEG sebanyak RM38 juga adalah wajar bagi menampung kos pengoperasian sistem dan urusan perkhidmatan seperti skop perkhidmatan dalam talian, pendaftaran ID dan kata laluan majikan, bayaran penghantaran PLKS ‘door-to-door’ dan bayaran sita sekiranya pekerja asing bermasalah.
KDN berkata keputusan melaksanakan pembaharuan PLKS secara dalam talian melalui MyEG telah dibuat lebih dua tahun lalu apabila satu perjanjian dimeterai antara kerajaan dan MY E.G Sdn Bhd, dan dilaksanakan secara berperingkat sejak 24 Dis 2012.
“Pengumuman mengenainya telah dibuat dua tahun lalu dan KDN menerima maklum balas daripada pihak industri dan lain-lain dari semasa ke semasa bagi memastikan langkah berkenaan mampu meningkatkan perkhidmatan dan integriti semua pihak yang berkaitan,” katanya.
Dua hari lepas, Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing (Papa) mengatakan ketidakpuasan mereka terhadap langkah terbaharu yang mula dilaksanakan 5 Jan itu, dan mendakwa ia akan menjejaskan perniagaan mereka.
Pembaharuan PLKS secara dalam talian dilaksanakan bermula dengan sektor perkilangan dan perkhidmatan pada 1 Disember lepas, diikuti oleh sektor pertanian, perladangan dan pembinaan pada 17 Disember dan meliputi semua jenis pekerjaan termasuk pembantu rumah asing mulai 1 Jan.
Sementara itu, Pertubuhan Kebangsaan Agensi Pekerjaan Malaysia (Pikap) hari ini mendakwa pelaksanaan proses pembaharuan pas lawatan yang baharu ini tidak efisien dan membebankan majikan.
Presidennya, Datuk Raja Zulkepley Dahalan berkata pihak majikan terpaksa menanggung beban kos penggajian pekerjanya kerana dikenakan caj perkhidmatan RM38 untuk satu permohonan, serta menyukarkan mereka yang tidak tahu menguna sistem dalam talian dan internet.
“Pikap meminta kerajaan mengembalikan semula sistem pembaharuan PLKS melalui dua cara sama ada manual (kaunter) atau MyEg,” katanya pada sidang akhbar mengenai isu tersebut di sini, hari ini.
Beliau berkata KDN juga perlu menyerahkan urusan PLKS ini kepada 360 Agensi Pekerjaan Swasta (APS) yang berdaftar dengan Jabatan Tenaga Kerja dan Jabatan Imigresen Malaysia, yang didakwanya dapat memudahkan proses permohonan.
“Jabatan Imigresen juga boleh membuka semula kaunter untuk memproses PLKS bagi membolehkan APS membuat pilihan sama ada menggunakan khidmat Pegawai Jabatan Imigresen atau MyEg,” tambahnya.
Raja Zulkepley berharap APS yang berdaftar dengan Jabatan Tenaga Kerja dan Jabatan Imigresen sahaja yang dibenarkan berurusan di kaunter Jabatan Imigresen jika dibuka semula.
Sumber: Bernama
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com