Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
BY SARAH M. KHIR
KUALA LUMPUR, 14 April:
Kesatuan Anak Kapal Kabin Penerbangan (NUFAM) mahu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengekalkan had umur pengeluaran wang simpanan pada 55 tahun.
Presidennya, Nasaruddin Ismail berkata pihaknya juga mahu EFP membatalkan cadangannya untuk melanjutkan had umur pengeluaran pada usia 60 tahun.
“Kita mahu KWSP mengekalkan had umur 55 tahun dan tidak melanjutkan kepada 60.
“Jika mana-mana pekerja mahu wang yang tidak disentuh, maka mereka boleh membuat permohonan itu dengan KWSP secara langsung, jika tidak ia tidak patut dibuat mandatori,” katanya.
Katanya KWSP tidak boleh sewenang-wenangnya membuat keputusan dengan mencadangkan had umur bagi pengeluaran wang simpanan pencarum.
Ini kerana tindakan mereka itu akan mendatangkan kesusahan kepada pesara kerana perlu menunggu sehingga umur 60 tahun untuk mengeluarkan wang.
“Adakah KWSP menyedari semua masalah pencarum?
“Lembaga KWSP terdiri daripada wakil-wakil pekerja dan kami dimaklumkan mereka membantah. Kami juga percaya mereka tidak akan bersetuju dengan had umur 60,” katanya kepada The Rakyat Post.
Sebelum ini KWSP sedang menimbang menyelaraskan umur pengeluaran simpanan persaraan ahlinya hampir kepada usia persaraan 60 tahun.
Sumber: The Rakyat Post
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com