Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
Oleh Sajad Hussein
KUALA LUMPUR, 25 Nov (BERNAMA) — Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) menyambut baik bab mengenai buruh dalam Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), yang melibatkan 12 buah negara, berikutan ia akan meningkatkan hak pekerja dan kesatuan sekerja.
“Ia benar-benar menyakinkan kerana ini merupakan kali pertama bab mengenai buruh yang khusus dimasukkan dalam perjanjian perdagangan bebas (FTA) sebagai sebahagian daripada TPPA,” kata Setiausaha Agung NUBE, J. Solomon kepada Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata, setakat ini, Malaysia telah menandatangani 13 FTA dan ia tidak mempunyai peruntukan untuk melindungi buruh.
Solomon berkata walaupun di atas kertas, TPPA memihak kepada pekerja, ujian sebenar adalah dari segi pelaksanaannya yang NUBE berharap kerajaan Malaysia akan mematuhinya, menggunakan penanda aras Pertubuhan Buruh Antarabangsa.
“Kami menjangka pindaan undang-undang buruh kita akan mencerminkan semangat TPPA yang akan meningkatkan lagi hak pekerja dan kesatuan sekerja di negara ini,” katanya.
Solomon berharap di bawah TPPA, Malaysia akan mempunyai lebih banyak peluang dalam perdagangan yang akan memberi manfaat kepada rakyat dan tanggungjawab itu terletak pada kerajaan untuk memastikan hak pekerja dilindungi.
Sumber: Bernama
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com