Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
Oleh Sajad Hussein
KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) — Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) hari ini menggesa bank-bank menyediakan pinjaman perumahan tanpa faedah kepada kakitangan perkeranian dan bukan perkeranian.
Kesatuan itu juga mahu bank-bank menyediakan pinjaman penuh bagi rumah yang berharga antara RM300,000 dan RM500,000, serta menyerap yuran guaman dan lain-lain yuran.
Setiausaha Agung NUBE J Solomon memberi tahu Bernama bank-bank harus melakukan ini sebagai sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat mereka.
Beliau berkata kesatuan itu telah menyampaikan secara rasmi permintaan ini kepada Persatuan Bank-Bank di Malaysia menerusi Persatuan Bank-bank Perdagangan Tanah Melayu dua minggu lepas.
Solomon berharap bank-bank akan menimbangkan permintaan itu kerana ia akan membantu kakitangan mereka memiliki rumah sendiri.
Beliau berkata dengan kenaikan kos harga rumah terutamanya di kawasan bandar dan pinggir bandar, amat sukar bagi kategori pekerja ini memiliki rumah sendiri tanpa pinjaman yang disubsidikan seperti itu.
“Adalah suatu yang betul bagi bank-bank untuk melakukan sedikit usaha mereka membantu kumpulan pekerja ini terutamanya dalam tempoh ekonomi yang mencabar sekarang,” katanya.
Sumber: Bernama
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com