Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) — Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) menyarankan Kementerian Kewangan agar mempertimbang secara serius cadangannya bagi membantu industri dan majikan mempromosi isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan bagi mengurankang lagi kemalangan di tempat kerja serta semasa berulang alik ke tempat kerja dalam pembentangan Bajet 2015.
Pengerusi NIOSH Tan Sri Lee Lam Thye berkata ia boleh dilakukan dengan menawarkan rebat cukai bagi peralatan perlindungan peribadi (PPE) yang diimport bagi mengurangkan kos majikan dan boleh disediakan kepada pekerja mereka.
PPE direka untuk melindungi pekerja daripada kecederaan di tempat kerja atau penyakit yang berpunca akibat terdedah kepada bahan kimia, radiologi, fizikal, elektrikal, mekanikal atau bahaya lain.
Lee berkata Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA) 1994 mengkehendaki penggunaan PPE bagi mengurangkan pendedahan pekerja terhadap bahaya di tempat kerja.
“Bagaimanapun, majikan merungut harga PPE import adalah tinggi sehingga tidak mampu dimiliki pengguna.
“Oleh itu mereka mungkin menggunakan alternatif lain seperti membeli barangan lebih murah dan berkualiti rendah yang tidak digalakkan penggunaannya kerana boleh mendedahkan pekerja kepada kecederaan dan penyakit,” katanya. — BERNAMA
Sumber: Bernama
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com