Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) — Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH) berharap Bajet 2015 mengandungi cadangan untuk membantu industri dan majikan memberi jaminan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.
Dalam kenyataan hari Ahad, pengerusi NIOSH Tan Sri Lee Lam Thye berkata ini boleh dilaksanakan melalui cadangan untuk menimbang pemberian rebat cukai bagi Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE) supaya lebih mampu dimiliki majikan untuk digunakan pekerja.
Beliau berkata buat masa ini, PPE yang diimport seperti pakaian pelindung badan, penutup telinga, sarung muka N95 dan pelindung mata tertakluk kepada duti import antara lima hingga 20 peratus selain cukai jualan 10 peratus.
PPE direka khusus untuk melindungi pekerja daripada kecederaan atau dijangkiti penyakit akibat sentuhan dengan bahan kimia, radiologikal, fizikal, elektrikal, mekanikal atau bahaya lain di tempat kerja.
Ia termasuk peralatan dan pakaian seperti kaca mata, sarung tangan, jaket, penutup telinga, alat pernafasan dan kasut keselamatan. — BERNAMA
Sumber: Bernama
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com