Berita
10 Mac 2015
Oleh Norshazlina Nor’azman KUALA LUMPUR, (Bernama) — Bertahun-tahun, isu kebanjiran pekerja asing serta pendatang asing tanpa izin di negara ini menjadi masalah yang tidak berkesudahan. Malaysia menjadi tumpuan rakyat daripada pelbagai negara, antaranya Indonesia, Bangladesh, Pakistan, Nepal, Filipina dan Myanmar sebagai lubuk mencari rezeki di pelbagai sektor. Meskipun pelbagai usaha agresif dijalankan pihak berkuasa termasuk […]
8 Mac 2015
NIBONG TEBAL, 8 Mac (Bernama) — Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan mengkaji cadangan Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) supaya umur persaraan wajib penjawat awam dilanjutkan kepada 62 tahun daripada 60 tahun. Namun Ketua Pengarah JPA, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal berkata sebarang keputusan untuk melanjutkan umur persaraan penjawat awam bukan hanya merupakan keputusan […]
7 Mac 2015
KEMAMAN, 7 Mac (Bernama) — Kesatuan Kongres Pekerja-Pekerja Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta kerajaan mengkaji semula dan menambahbaik kadar 231 elaun yang diberikan kepada penjawat awam. Presidennya Datuk Azih Muda berkata penambahbaikan elaun berkenaan perlu kerana kadar sedia ada tidak lagi relevan berikutan kenaikan kos sara hidup, harga barangan serta ekonomi negara masa kini. “Elaun yang […]
KEMAMAN, 7 Mac (Bernama) — Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan supaya membuat pertimbangan bagi melanjutkan umur persaraan penjawat awam daripada 60 tahun kepada 62 tahun. Presidennya, Datuk Azih Muda berkata kebanyakan negara melanjutkan usia persaraan kepada 65 tahun seperti Thailand, Singapura, Sri Lanka, negara Eropah serta Amerika Syarikat dan kita sebagai […]
2 Mac 2015
KUCHING, 2 Mac (Bernama) — Demonstrasi dianjurkan serentak di empat bahagian di negeri ini Sabtu lepas bagi memprotes kemasukan pekerja warga Bangladesh ke Sarawak berjalan dengan aman tanpa sebarang insiden tidak diingini, kata Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak DCP Datuk Dr Chai Khin Chung. Beliau berkata demonstrasi berkenaan mendapat permit daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan […]
14 Februari 2015
KOTA BAHARU, 14 Feb (Bernama) — Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon supaya pembayaran wang pencen dibayar sebaik sahaja pesara menamatkan perkhidmatan berikutan peningkatan kos sara hidup pada masa ini. Presidennya Datuk Azih Muda berkata pesara memerlukan wang pencen kerana mempunyai pelbagai komitmen termasuk membayar pinjaman perumahan. “Sebaiknya seminggu selepas bersara terus […]
9 Februari 2015
KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) — Union Network International-Malaysia Labour Centre (UNI-MLC) mencadangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memperkenalkan bonus sebagai tambahan kepada dividen yang diberikan kepada pencarumnya. Presiden UNI-MLC Mohamed Shafie BP Mammal berkata KWSP boleh memperkenalkan sistem bonus yang sama diamalkan oleh Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Lembaga Tabung Haji. “Selain daripada kadar […]
KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) — Dana pelaburan persaraan terbesar Malaysia, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), menyasarkan untuk meningkatkan aset asingnya kepada 26 peratus daripada jumlah keseluruhan aset dalam tempoh tiga tahun. Ketua Pegawai Operasinya, Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata, peningkatan itu adalah kira-kira satu peratus setahun daripada 23 peratus sekarang. “Pertumbuhan aset asing itu […]