Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
MTUC menggesa majikan dan ahli-ahli politik berhenti daripada mengelirukan rakyat Malaysia bahawa produktiviti akan digunakan sebagai kayu ukur untuk menentukan gaji minimum.
Manifesto BN baru-baru ini yang menetapkan RM1,500 sebagai gaji minimum dalam lima tahun akan datang tidak sesuai dengan RMK11, Wawasan 2020 dan Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia (BNM) mengenai upah sara hidup.
Berhubung dengan produktiviti dan peningkatan pendapatan, BNM telah menjelaskan bahawa terdapat hujah ‘ekonomi’ yang menyokong peningkatan pendapatan pekerja.
Begitu juga, Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) berhujah bahawa kecuali pekerja berpendapatan rendah dan sederhana memperoleh upah yang secukupnya, perbelanjaan mereka akan terbatas. Ketidakupayaan mereka untuk berbelanja akan menghalang permintaan terhadap produk dan menghadkan sumbangan perbelanjaan sosial ke arah KDNK negara.
Hujah dari beberapa bahagian masyarakat bahawa kenaikan gaji akan memberi kesan terhadap pertumbuhan ekonomi tidak munasabah dan merupakan alat politik pihak-pihak tertentu. Secara semula jadi, majikan yang tidak bertanggungjawab pula bergantung kepada kesimpulan-kesimpulan yang tidak berasas itu, sekali gus menggunakannya untuk mengeksploitasi pekerja. Itulah sebabnya selama beberapa tahun gaji pekerja Malaysia tidak berubah dan tidak sepadan dengan pertumbuhan ekonomi negara yang mengagumkan.
Upah minimum dan upah sara hidup dilihat sebagai tanda aras, masing-masing bagi pekerja untuk terus menikmati kehidupan yang baik dan pendapatan untuk mendapatkan standard hidup yang boleh diterima. Oleh itu, produktiviti tidak mempunyai kaitan untuk digunakan sebagai kayu ukur sama sekali, sama ada sebagai upah minimum mahupun upah sara hidup.
Sudah tentu, alasan di atas juga menjadi alasan Bank Negara Malaysia (BNM) mendedahkan dalam Laporan Tahunannya bahawa “rakyat Malaysia mungkin tidak miskin tetapi jelas bahawa rakyat Malaysia kaya dengan pinjaman”. Oleh itu, MTUC menghargai dan menyokong kajian BNM dan hasilnya untuk mendedahkan kedudukan faktual tersebut, yang merupakan realiti yang kita perhatikan di negara ini pada hari ini.
Di samping itu, undang-undang yang menetapkan semakan gaji Minimum setiap dua tahun tidak dipatuhi apabila tiba masanya pada 1 Januari 2015. Oleh itu, para pekerja dinafikan semakan gaji minimum yang tertangguh selama 18 bulan.
Oleh itu, pekerja di Malaysia terutamanya B40 dan M40 amat memerlukan sebuah kerajaan yang boleh merangka dasar ekonomi untuk menyalurkan bahagian kekayaan yang saksama kepada semua rakyat Malaysia dan pada masa yang sama menghormati dasar tersebut.
Dalam keadaan ini, manifesto BN mengenai gaji minimum perlu dikaji semula, jika tidak manifesto tersebut akan dilihat sebagai menjejaskan kepentingan pekerja secara konsisten dan mungkin berhadapan dengan defisit kepercayaan dan keyakinan.
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com