Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (KKSM) hari ini menyeru 14 juta pekerja di Malaysia untuk membuktikan kepada kerajaan bahawa pekerja adalah peneraju ekonomi negara dan tidak boleh diabaikan, dengan mengundi calon Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Setiausaha Agung MTUC J Solomon berkata, warga pekerja mempunyai kuasa untuk mengundi keluar mana-mana kerajaan yang anti pekerja dan kleptokrasi kerana suara pekerja dan tenaga pekerja adalah murni dan berkuasa.
Kami mahu kerajaan yang memberi kita penghormatan saksama dalam badan tripartite supaya Pekerja dapat memiliki bahagian yang saksama dalam kekayaan negara.
Gaji rendah, pekerja bertambah miskin, menyara hidup dengan berhutang dan kehidupan mereka terus dilumpuhkan dengan kenaikan harga barangan dengan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang mesti dihapuskan.
2.8 juta isi rumah di Malaysia berada di bawah kategori pendapatan B40 dan ini adalah segmen besar dalam masyarakat kita yang ditindas dengan gaji yang rendah dan tidak dapat turut serta dalam kehidupan kemasyarakatan yang lebih bermakna.
Tujuh puluh lima peratus (75%) rakyat Malaysia tidak mempunyai simpanan yang mencukupi untuk menampung mereka selama lebih daripada seminggu tanpa kerja dan 18% daripada ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang akan berada sedikit di atas kelompok garis kemiskinan selepas bersara.
Kesatuan Sekerja adalah diperlukan untuk meningkatkan sosio ekonomi kelas pekerja tetapi di Malaysia, mereka ditindas oleh undang-undang kuno tanpa sebarang petunjuk untuk memansuhkan undang-undang tersebut.
Kerajaan seolah-olah pekak terhadap rayuan kami untuk memperbaharui undang-undang ini tetapi apabila kepentingan individu yang berkuasa dalam kerajaan terjejas, maka undang-undang sedemikian diperkenalkan dengan cepat untuk melindungi kepentingan mereka.
Menteri dan Perdana Menteri telah gagal menangani rayuan dari MTUC mengenai pelbagai isu Pekerja. Kerajaan negeri Sabah dan Kerajaan Persekutuan enggan menjawab rayuan dari MTUC Bahagian Sabah dan Ibu Pejabat bagi pihak 1390 Pekerja SFI dari Sipitang, Sabah yang telah dihentikan perkhidmatan sementara.
Sekuriti pekerjaan secara tidak langsung menambahkan tekanan rakyat Malaysia kerana negara sedang pesat menuju ke arah industri 4.0, malangnya tidak ada tindakan konstruktif yang telah diambil oleh Kerajaan di peringkat tripartite bagi menyediakan Pekerja Malaysia untuk Masa Depan Kerja.
Menteri Sumber Manusia telah gagal menjalankan Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan secara objektif apabila mesyuarat NLAC yang terakhir hanya diadakan setengah hari dalam tempoh satu setengah tahun yang lalu walaupun wujud pelbagai jenis isu-isu Pekerja yang perlu dibangkitkan dan dibincangkan.
Tiga (3) juta peluang pekerjaan yang dijanjikan dalam tempoh lima tahun akan datang dalam manifesto BN nampaknya agak samar-samar kerana kita tidak pasti sama ada ianya untuk pekerja kebangsaan atau pekerja asing dari China yang akan datang dengan pelabur mereka. Janji 1.5 juta peluang pekerjaan dalam pelan Malaysia ke-11 masih belum ditepati.
Masalah pekerja migran disebabkan oleh sikap acuh tak acuh kerajaan dalam mengurusnya dengan baik telah membawa kepada pelbagai masalah sosial yang berterusan.
Beribu-ribu pekerja yang telah diberhentikan kerja oleh majikan yang tidak bertanggungjawab tidak dicegah oleh kerajaan.
Kerajaan juga telah campur tangan di dalam pentadbiran MTUC dan menyebabkan keretakan dalam kepimpinan yang akan menjejaskan kebebasan pentadbiran Pusat Buruh.
Hak-hak Manusia dan Pekerja telah diketepikan dari silabus pelajaran pendidikan sehingga pelajar, bahkan lulusan universiti tidak menyedari hak asas manusia dan Pekerja mereka yang akan memberi mereka pemahaman nilai-nilai dan membimbing mereka tentang hak-hak mereka dan menghormati hak orang lain ketika mereka memasuki dunia pekerjaan nanti.
Kekayaan kita yang terbesar adalah perpaduan kita di negara ini yang berbilang kaum dan kita tidak boleh mengadaikan budaya yang kaya ini kerana ketamakan kuasa, kekayaan atau di bawah penyamaran revolusi industri 4.0.
Perlu ada pemisahan kuasa yang jelas antara Parlimen, Eksekutif dan Kehakiman. Pada masa ini, pemisahan kuasa dan peraturan perundangan tidak jelas dan oleh itu perubahan diperlukan untuk membuat keseimbangan dalam tadbir urus demi kepentingan terbaik rakyat ketika kita bergerak ke arah negara maju.
Kami sebagai Pekerja, kehidupan kita kini sedang terancam dan ia memerlukan tindakan segera untuk menjamin pekerjaan kita dengan baik agar keluarga kita dapat menjalani kehidupan yang bermakna kini dan di masa depan.
Setelah mempertimbangkan semua faktor yang telah berlaku dalam tempoh 1 tahun lima bulan terakhir dan melihat hak Pekerja dan Kesatuan Sekerja yang semakin merosot, sebagai Setiausaha Agung dan Ketua Eksekutif MTUC, walaupun menyokong Kerajaan BN yang terpilih pada masa lalu, saya bertanggungjawab untuk merayu kepada anda semua untuk menukar kerajaan.
Mari kita memberi PH peluang untuk berkhidmat kepada rakyat Malaysia sebagai parti pemerintah majoriti selama lima tahun. Sekiranya mereka tidak berkhidmat dengan baik untuk pekerja, kita boleh bangkit semula untuk mengubah mereka dalam tempoh lima tahun akan datang. Mereka telah membuktikan diri sebagai pentadbir rakyat yang baik di negeri-negeri Pulau Pinang dan Selangor.
Dengan cara ini tiada kerajaan akan menjadi kerajaan yang teramat diperlukan dan tidak akan menunjukkan keangkuhan, tidak bertimbangrasa dan amalan rasuah kerana mereka akan diingatkan bahawa mereka akan disingkirkan oleh rakyat jika mereka tidak melaksanakan tanggungjawab mereka dengan baik.
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com