Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
20-4-2019, Terminal Bersepadu Selatan(TBS), Kuala Lumpur
MTUC BERTEMU WARGA PEKERJA DI TBS
MTUC Task Force yang diketuai oleh Sdra K Soma, Penolong Setiausaha Pendidikan dan diwakili oleh Sdra Rudy(CEUPM), Sdra Zul Thye(MRC), Sdra Azli(KPPIT), Sdra Faizal(KPPIT), Sdra Khairul(KPPIT), Sdra Kamal Hashim(NUPCIW), Sdra Salleh(EIUSR), Sdri Idawati(EIUSR), Sdra Syamsul(KEA) dan Sdri Mira(CEUPM) telah berjaya mengadakan program outreach bagi mempromosikan Sambutan Hari Pekerja dan juga memperkenalkan MTUC kepada masyarakat awam. Risalah berkenaan peranan MTUC sebagai pejuang pekerja,perkhidmatan yang ditawarkan kepada warga pekerja, bagaimana menubuhkan kesatuan dan juga edaran berkenaan sambutan Hari Pekerja.
Manakala, MTUC MRC yang diketuai oleh Sdra Zul Thye-Penyelaras MTUC MRC turut bersama dengan pegawai MRC Johor, diwakili oleh Sdra Salleh dan pegawai MRC KL/SEL di wakili oleh Sdra Rudy telah mengedarkan risalah berkenaan pekerja migran dan juga MRA. Kami sempat memberikan bantuan nasihat berkenaan dengan permasalahan kerja kepada beberapa orang yang hadir di kiosk pameran kami.
Program bermula jam 10.00pagi dan berakhir pada jam 3.15petang. Kami bercadang untuk meneruskan program outreach di tempat dan di negeri lain di masa akan datang. Terima Kasih kepada semua yang terlibat atas pergorbanan masa di waktu cuti rehat di hujung minggu.
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com