Program Outreach MTUC di Melaka.
16 Ogos 2019 Print page
16-8-2019, Pasaraya Kipmall,Melaka
MTUC meneruskan Program Outreach yang ke-2 di Pasaraya Kipmall,Melaka hari ini. Objektif program ini adalah bertujuan untuk memperkenalkan peranan dan perkhidmatan MTUC kepada semua masyarakat umum,khususnya golongan pekerja di seluruh Malaysia.
Program ini telah berjaya dijalankan oleh Sdra Rudy , Setiausaha Agung CEUPM, Sdra Zul Thye-Penyelaras Projek MTUC, Sdra Azli, Presiden KPPIT, Sdra Faizal Talib, AJK KPPIT dan juga Sdri Idawati,Pengerusi Wanita EIEUSR. Program dimulakan sejak jam 10pagi hingga jam 4.00petang.
Kami berjaya berjumpa dengan ramai golongan pekerja tempatan dan juga pekerja asing dengan menerangkan peranan MTUC dalam memperjuangkan nasib pekerja di Malaysia. Penerangan berkenaan Pindaan Akta Akta Perburuhan di Malaysia dan juga hak sebagai pekerja, sempat disampaikan kepada pengunjung yang singgah di kiosk kami.
Kami juga berjaya mengedarkan hampir 300 risalah berkenaan fungsi dan tanggungjawab MTUC dan Cara-Cara Menubuhkan Kesatuan Sekerja. Disamping itu juga, kami telah mengedarkan risalah berkenaan peranan MTUC membantu pekerja asing di Malaysia.
Kami akan meneruskan Program Outreach ini di Kipmall, Masai Johor pada hari Sabtu bersamaan pada 17-8-2019 dan juga di Terminal Bas Pasir Gudang Johor pada hari Ahad, 18-8-2019. Kami mengucapkan jutaan terima kasih atas komitmen yang ditunjukkan oleh semua yang terlibat atas kesanggupan semua mengorbankan cuti hujung minggu mereka untuk sama-sama me jayakan program outreach ini.