Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
Oleh Suraya Roslan
surayaroslan@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menyokong sekiranya kerajaan dan majikan melaksanakan pengurangan tempoh bekerja enam jam sehari seperti yang diperjuangkan mereka 15 tahun lalu.
Presidennya, Mohd Khalid Atan berkata, tuntutan mengurangkan waktu bekerja kepada 40 jam daripada 48 jam seminggu lama diperjuangkan kesatuan itu demi kesihatan pekerja di negara ini.
“Kami mendesak kerajaan mengurangkan tempoh bekerja iaitu enam jam sehari seperti diamalkan Negara maju lain.
“Contohnya seperti Sweden yang menguatkuasakan tempoh bekerja enam jam sehari berbanding lapan jam sebelum ini,” katanya kepada Harian Metro.
Menurutnya, tuntutan itu dilaksanakan bagi memberi peluang pekerja di negara ini menjaga kesihatan.
“Bagi menjana pendapatan lebih, majoriti pekerja di negara ini akan melakukan kerja lebih masa iaitu tambahan empat jam sehari menjadikan jumlah waktu kerja mereka 12 jam.
“Ini menyebabkan pelbagai masalah kesihatan kepada mereka iaitu penyakit jantung, perjalanan darah tidak lancer dan menjejaskan kesihatan lain,” katanya.
Katanya, tekanan perasaan yang dihadapi rakyat negara ini meningkat berikutan waktu kerja yang panjang.
”Beri peluang kepada pekerja menikmati hidup lebih sempurna iaitu mengutamakan kesihatan, baru lah produktiviti untuk bekerja tidak terjejas,” katanya,
Sementara itu, pekerja swasta, Zaheera Zailan, 29, berkata dia menyokong pengurangan waktu bekerja jika meningkatkan tahap kesihatan pekerja.
”Setiap hari saya bekerja antara sembilan hingga 10 jam sehari demi tuntutan kerja yang banyak,” katanya.
Sumber: Harian Metro
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com