Kehilangan Kuarters Pekerja bernilai RM1.6 juta di Zoo Negara.
25 Mei 2018 Print page
53 ahli Kesatuan Pekerja dari Persatuan Zoologi Malaysia telah sabar menunggu kuarters pekerja mereka sejak tahun 2001. Banyak pertanyaan telah dibuat oleh pemimpin- pemimpin Kesatuan tersebut tetapi tidak diperduli oleh pihak berkuasa ketika itu.
Menurut laporan,pihak kerajaan terdahulu telah memperuntukkan kepada Persatuan Zoologi Malaysia (MZS) sejumlah RM1.6 juta setakat tahun 2001 untuk kemudahan perumahan.
Gaji salah seorang pekerja di Zoo yang telah berkhidmat selama 20 tahun adalah hanya RM1,800.00 dan perumahan merupakan keperluan asas yang penting bagi pekerja-pekerja ini, lebih-lebih lagi apabila pendapatan mereka adalah amat kurang.
Pihak Kesatuan prihatin samada dana yang diperuntukkan untuk kuarters pekerja masih wujud atau telah digunakan oleh mana-mana pihak yang berkepentingan dan oleh itu, campur tangan MTUC amat diperlukan.
MTUC telah menulis kepada Presiden MZS dan tidak menerima sebarang respon setakat ini.
Ianya juga telah dilaporkan bahawa pada tahun 2013 satu laporan telah diserahkan kepada bekas Perdana Menteri,Dato ‘Sri Najib atas tuduhan rasuah dalam pelbagai bentuk dan penyalahgunaan kuasa oleh anggota majlis tertentu MZS yang juga telah diabaikan dan tiada tindakan diambil.
Oleh itu, MTUC juga prihatin terhadap ketersediaan RM1.6 juta tersebut dan mengapa ia tidak diberikan kepada pihak pekerja yang telah ditahan dananya selama 17 tahun, yang jelas akan memberi kesan kepada kerajaan.
MTUC akan mengajukan perkara ini dan memohon intervensi dari pihak MOF demi rayuan pekerja- pekerja untuk kuarters mereka dan berkenaan dengan RM1.6 juta yang diberikan kepada MZS pada tahun 2001 untuk tujuan menyediakan kuarters kepada pihak pekerja.