Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
PUTRAJAYA, 25 Mei (Bernama) — Kementerian Sumber Manusia akan mengemukakan syor berhubung kajian semula kadar gaji minimum kepada kerajaan untuk dimuktamadkan dalam masa terdekat, kata Menterinya Datuk Seri Richard Riot Jaem.
Beliau berkata kajian itu telah dibuat oleh Majlis Perundingan Gaji Minimum selaras dengan Seksyen 25 Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 yang menetapkan supaya kajian semula perintah gaji minimum dibuat sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh dua tahun.
Selain itu, katanya kementerian juga sedang giat mengumpulkan data untuk menerbitkan Indeks Gaji Kebangsaan yang bertujuan memberikan panduan kepada pencari kerja dan majikan berhubung kadar gaji permulaan.
“Kadar gaji permulaan yang sesuai bagi pelbagai kategori pekerjaan mengikut kelayakan, kumpulan pekerjaan dan sektor yang diceburi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Menurutnya ia adalah sebahagian daripada usaha kementerian untuk memastikan sasaran di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) dapat dicapai antaranya meningkatkan peratusan pekerja mahir daripada 25 peratus kepada 35 peratus daripada jumlah guna tenaga negara.
Riot berkata kementerian akan turut meneruskan program ‘Recognition of Prior Experience and Learning’ (RPEL) atau Pengiktirafan Pengalaman dan Pembelajaran Terdahulu dan meningkalkan enrolmen dan keluaran Latihan Teknikal dan Pendidikan Vokasional (TVET).
Katanya tambahan peruntukan sebanyak RM1 bilion untuk Tabung Pembangunan Kemahiran di bawah RMK11 akan membantu meningkatkan bilangan pelajar TVET serta kapasiti pengambilan di Institut Latihan Kemahiran Awam dan Swasta.
“Pelaksanaan Sistem Latihan Dual Nasional juga akan disesuaikan berdasarkan 70 peratus kandungan latihan berorientasikan latihan perantis yang dapat meningkatkan bilangan pelajar daripada 164,000 kepada 225,000 pada 2020,” katanya.
Menurutnya kerajaan juga akan berusaha ke arah meningkatkan upah dan faedah daripada 30 peratus kepada 40 peratus sumbangan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
“Dalam hal ini, pihak majikan hendaklah mengambil usaha untuk berkongsi keuntungan dengan pekerja masing-masing. Manakala pekerja hendaklah meningkatkan produktiviti masing-masing termasuklah peningkatan kemahiran,” katanya.
Sumber: Bernama
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com