Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) — Syarikat tempatan digesa melaksanakan aturan kerja anjal (FWA) sebagai strategi perniagaan.
Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin Bardan, berkata FWA bertujuan memastikan organisasi tidak kehilangan pekerja yang berpotensi tinggi.
“Dasar tersebut, yang telah diamalkan dengan meluas oleh syarikat-syarikat multinasional di seluruh dunia, masih tidak mendapat sambutan di sini.
“Hanya kira-kira 30 peratus, kebanyakannya syarikat berkaitan kerajaan, ketika ini melaksanakan sistem tersebut berbanding 80 peratus daripada syarikat-syarikat antarabangsa.
“Kadar kehilangan pekerja di Malaysia adalah tinggi, dengan purata 24 peratus setahun,” katanya kepada pemberita di luar bengkel FWA anjuran MEF dan Talent Corp Malaysia Bhd di sini pada Khamis.
Shamsuddin berkata di Amerika Syarikat jika seseorang pekerja memutuskan untuk berhenti, majikan perlu menanggung kos sehingga US$30,000 bagi pengambilan dan latihan pekerja baharu.
“Seandainya syarikat tempatan perlu menampung walaupun separuh daripada jumlah itu, mereka sebenarnya dapat menjimatkan jumlah tersebut jika melakukan perubahan dan pekerja kekal,” katanya.
Beliau berkata kesan positif FWA termasuk meningkatkan komitmen pekerja, mengurangkan kos pengambilan dan ketidakhadiran tidak berjadual serta memastikan kesinambungan tugas semasa kecemasan atau krisis.
“FWA membolehkan untuk memilih dan menyesuaikan waktu kerja harian, kerja berasaskan projek dan bekerja dari rumah menggunakan teknologi komunikasi dan maklumat,” katanya.
Ketua Pegawai Eksekutif TalentCorp, Johan Mahmood Merican, berkata sudah tiba masanya organisasi menukar budaya pekerja dikehendaki berada di pejabat pada setiap masa.
“Budaya tersebut tidak lagi sesuai, terutamanya melibatkan tenaga kerja Gen Y. Pekerja seharusnya dinilai berdasarkan produktiviti kerja mereka,” katanya.
Sumber: Bernama
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com