Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) — Dalam usaha meneroka potensi buruh bagi memacu ekonomi negara, kerajaan melalui Rancangan Malaysia Ke-11 menggariskan empat langkah termasuk menambah baik kecekapan pasaran buruh bagi meningkatkan pertumbuhan ekonomi.
Menurut Laporan Ekonomi 2015/2016, kerajaan menyasarkan peningkatan produktiviti pekerja dan gaji melalui peralihan kepada pekerjaan berkemahiran tinggi dan penggunaan lebih luas Sistem Upah Yang Dikaitkan dengan Produktiviti (PLWS) di samping merangka Pelan Pembangunan Produktiviti Malaysia lima tahun bagi kecekapan pasaran buruh.
Selain itu, kerajaan juga akan mentransformasikan Latihan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) untuk memenuhi permintaan industri termasuk inisiatif untuk mewujudkan sistem kelayakan tunggal oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) untuk mengakreditasi program TVET yang ditawarkan institusi TVET awam dan swasta.
“Pertandingan MySkills dan pertandingan Kemahiran Antarabangsa untuk pelajar TVET akan dilaksanakan sebagai usaha promosi,” menurut laporan itu.
Berdasarkan laporan berkenaan, kerajaan juga akan memperkukuh pembelajaran sepanjang hayat untuk meningkatkan kemahiran di mana kerajaan akan terus menambah baik program kemhiran berasaskan industri dan latihan berkaitan keusahawanan.
Laporan itu menyebut Skim Latihan Pekerja Masa Hadapan (FWT) turut akan ditubuhkan untuk menggalakkan latihan pra-pekerjaan dengan tumpuan kepada teknologi baharu.
Prospek terakhir yang ditekankan dalam laporan tersebut adalah menambah baik kualiti pendidikan untuk meningkatkan keberhasilan pelajar dan kecemerlangan institusi merangkumi prasekolah, pendidikan lepasan menengah dan pendidikan tinggi.
“Ini termasuk meningkatkan kualiti penjagaan dan pendidikan awal kanak-kanak, meningkatkan pembangunan profesional, memperkasa Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), mengukuhkan peranan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bagi menyokong pendidikan,” katanya.
Laporan ekonomi itu turut menggariskan beberapa cabaran yang dihadapi pasaran buruh negara ini seperti: –
*Produktiviti buruh yang rendah
*Kekurangan tenaga kerja berkualiti dan pewujudan peluang pekerjaan berkualiti
*Pengangguran Belia
*Penyertaan tenaga buruh wanita yang rendah
*Kebergantungan kepada pekerja asing berkemahiran rendah
*Kesan peralihan demografi
Keadaan pasaran buruh kekal menggalakkan dalam tempoh 2015 selari dengan pertumbuhan berterusan sektor ekonomi yang menyumbang kepada permintaan buruh yang kukuh termasuk:
*Jumlah bilangan tenaga buruh meningkat 1.8 peratus kepada 14.1 juta orang (2014-3.5 peratus, 13.9 juta orang)
*Mengalami guna tenaga penuh dengan kadar pengangguran pada 3.1 peratus (2014 – 3 peratus)
*Penduduk umur bekerja dijangka meningkat 1.5 peratus kepada 20.9 juta orang (2014-20.6 juta orang, 68 peratus)
*Bilangan pencari kerja aktif mengecil 27.2 peratus kepada 292,550 dengan 64,482 (22 peratus) merupakan pendaftar baharu dalam tempoh lapan bulan pertama 2015.
*Produktiviti buruh berkembang 3.5 peratus kepada RM61,708 pada tahun 2014 (2013 – 0.9 peratus, RM59,622)
*Purata gaji dan upah bulanan yang diterima oleh pekerja meningkat 8.7 peratus kepada RM2,231 pada tahun 2014 (2013 – 7.1 peratus, RM2,502).
Sumber: Bernama
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com